Ini resipi desert coklat Cadbury yang anda mesti cuba

WhatsApp Image 2020-04-08 at 17.44.02
WhatsApp Image 2020-04-08 at 17.44.02
A
A
A

ANDA sukakan desert? Jom buat pencuci mulut dengan hanya guna coklat Cadbury. Macam-macam jenis desert anda boleh buat dan pastinya sedap! Ini antara resipinya.

1. Cadbury Cheese

Bahan-bahan:

180 gram mentega

1 biji kuning telur

90 gram gula aising

80 gram shortening

70 gram cream cheese

400 gram tepung gandum

80 gram tepung jagung

Coklat cadbury

Cara-cara:

1. Pukul butter, gula aising dan kuning telur.

2. Kemudian masukkan shortening, cream cheese. Gaul rata.

3. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung. Kacau dan uli sehingga menjadi doh.

4. Masukkan doh ke dalam peti asi selama 15 minit.

5. Setelah itu bentukkan mengikut saiz coklat cadbury.

6. Bakar ia selama 20 minit dengan suhu 140 darjah Celsius.

7. Siap sahaja bakar, letakkan coklat Cadbury di atasnya. Siap!

2. Brownies cadbury

Bahan-bahan:

250 gram coklat cadbury

120 gram mentega

3 biji telur

140 gram tepung gandum

3 sudu besar serbuk koko

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil vanilla

1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara:

1. Cairkan coklat cadbury dan butter dengan menggunakan kaedah double boiler.

2. Dalam bekas lain, campurkan telur, garam, perisa vanilla dan gula perang. Kacaukan.

3. Selepas itu masukkan coklat Cadbury dan mentega yang telah dicairkan tadi.

4. Ayakkan tepung gandum kemudian masukkan kedalam adunan tadi.

5. Masukkan koko dan penaik.

6. Setelah itu, adunan akan menjadi pekat. Masukkan ia ke dalam loyang yang telah dilapis dengan baking paper.

7. Taburkan hirisan badam dan cip coklat di atasnya.

8. Bakar pada suhu 170-180 darjah Celsius.

9. Apabila brownies sudah siap dibakar, potong mengikut saiz yang disukai.

Itulah antara pencuci mulut yang boleh anda buat dengan menggunakan coklat Cadbury. Pastinya menjadi penggemar coklat Cadbury. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Foto: unsplash, ukay ganda’s botique

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca