'Anda memang layak raih pingat.' Terima ucapan tahniah daripada Lee Chong Wei, luahan hati Lee Zii Jia bikin ramai sebak!

No Image Caption
A
A
A

KEJAYAAN jaguh badminton negara, Lee Zii Jia meraih pingat kedua untuk negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Lakshya Sen dari India di Porte de La Chapelle Arena, malam cukup membanggakan.

Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh dunia, memperoleh pingat gangsa setelah menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.

Bekas juara All England itu menerima ucapan tahniah daripada pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali, Datuk Wira Dr Lee Chong Wei.

"Tahniah Lee Zii Jia untuk pingat Olimpik, anda yang layak. Perjalanan anda tidak mudah dan semua orang berbangga dengan anda!

"Tak sabar untuk pengembaraan seterusnya anda di Los Angeles 2028!" katanya.

No Image Caption

Sementara itu, aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan dengan pencapaian kontinjen negara khususnya skuad badminton yang meraih dua pingat gangsa dalam kejohanan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Tahniah Lee Zii Jia kerana memenangi (pingat) gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki. Teruskan pasukan Malaysia!” kata Michelle dalam hantaran yang didedikasikan kepada Zii Jia di akaun Instagram.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

DETIK HITAM DALAM SEJARAH HIDUP

Perseorangan lelaki nombor satu negara itu menerusi temu ramah dengan Astro Arena meluahkan melalui detik hitam dalam sejarah hidup.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui terlalu banyak perkara berlaku sejak beliau memilih untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara professional.

"Ia merupakan detik hitam dalam kerjaya saya sebagai pemain badminton selain menempuh masa yang sangat buruk sepanjang tiga tahun ini.

"Saya menghadapi kesukaran di mana saya bergelut dengan persembahan sendiri, ranking jatuh dan tidak percaya bahawa saya akan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Namun, saya sedikit pun tidak menyerah kalah dan membutirkan pingat gangsa kedua untuk negara meskipun impian sebenar hadir di sini ialah untuk menggondol pingat emas," kongsinya.



Zii Jia meraih gangsa sementara pingat emas dimenangi oleh pemain Denmark, Viktor Axelsen dan pingat perak pula dimenangi oleh pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn. 
Zii Jia meraih gangsa sementara pingat emas dimenangi oleh pemain Denmark, Viktor Axelsen dan pingat perak pula dimenangi oleh pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn. 

Atlet kelahiran Alor Setar, Kedah itu jelas tidak meluahkan rasa menyesal dengan sebarang keputusannya, malah tetap bersemangat untuk membuktikan kemampuan sebenar kepada seluruh penyokong yang banyak mempertikai kebolehannya.

Zii Jia turut mendedahkan bahawa semasa di set kedua, dirinya tidak mahu menyerah kalah dan terus berusaha kerana sudah melangkah sejauh itu tatkala tidak ingin pulang dengan tangan kosong.

"Setiap pagi apabila bangun daripada tidur, saya melihat ramai orang memetik nama saya di ruangan media sosial membuatkan saya terfikir apakah kesalahan saya.

"Saya diamkan diri meskipun mereka sentiasa mengaibkan saya kerana saya akan buktikan kepada mereka dan ini adalah permulaan untuk saya menjadi lebih hebat," katanya dalam keadaan sebak.

Zii Jia meraih gangsa sementara pingat emas dimenangi oleh pemain Denmark, Viktor Axelsen dan pingat perak pula dimenangi oleh pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Sumber: Instagram1, 2, Astro Arena, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang