Anak Menteri Pendidikan raih 8A. 'Jika tidak Pengajian Islam atau Syariah, pastilah Undang-Undang'

No Image Caption
A
A
A

HARI ini tentu ramai ibu bapa calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 melalui saat mendebarkan menerima keputusan anak masing-masing.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga tidak terkecuali apabila anaknya, Sarah, 18, turut mengambil keputusan peperiksaan tersebut hari ini.

Sarah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang meraih keputusan cemerlang 8A.

“Saya pun gembira, anak saya dapat keputusan hari ini. Alhamdulillah...8A,” katanya dipetik portal berita tempatan.

Menerusi laman sosial Facebook, Fadhlina menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Sarah.

Artikel berkaitan:



"Because we love you and we make doa for you! Tahniah buat semua anak-anak yang mengambil keputusan SPM pada hari ini. Khususnya buat anakanda kesayangan kami, Sarah.

"Kesyukuran kami panjatkan kepada ALLAH SWT untuk nikmat ini. Pastinya kerana usaha Sarah yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.

No Image Caption



"Apa pun keputusan anak-anak kita pada hari ini, ucapkan tahniah dan bersyukur.

"Reda atas keputusan mereka kerana ia adalah usaha anak-anak kita mengikut daya dan kemampuan mereka. Teruskan memberi pedoman dan bimbingan agar mereka terus menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang tertinggi," kongsi.

Bonda kepada enam cahaya mata itu turut menyerahkan kepada anaknya untuk memilih bidang diminati di institusi pengajian tinggi kelak.

Mungkin buah tidak akan jatuh jauh dari pohonnya, Fadhlina meneka Sarah akan mengambil jurusan seperti beliau dan suami, Mohd Fadzli Arsad.

"Untuk Sarah, terima kasih atas keputusan cemerlang ini. Mama dan Baba pulangkan kepada Sarah untuk pilihan langkah selanjutnya.



"Nampak gaya jika tidak Pengajian Islam atau Syariah pastilah Undang-Undang. Macam mama dan baba juga!,"kongsinya.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan turut tidak lupa menghargai pengorbanan dan jasa para pendidik dan rakan-rakan anaknya.

"Terima kasih buat semua guru dan asatizah yang mendidik Sarah.

"Begitu juga sahabat -sahabat karib Sarah yang sentiasa bersama Sarah dalam perjalanan ilmu ini. Begitu juga ahli keluarga kami yang sentiasa mendoakan Sarah.

"Stand tall, fly high girl! We love you, we make doa for you," kongsinya.



Imbas kembali, anak sulungnya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli juga mengukir kejayaan dalam SPM 2022.

Thurayya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan meraih keputusan 9A dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang