‘Bibik, ini lembu untuk awak’. Surprise Madammu raih pujian netizen, hadiahkan haiwan korban buat pembantu & pengasuh

No Image Caption
A
A
A

SEMPENA Hari Raya Aidiladha, ramai yang mengambil peluang untuk menunaikan ibadah korban sama ada pilihan lembu, kambing atau pun unta.

Bukan saja orang biasa, malah selebriti dan personaliti media sosial juga tak ketinggalan ‘berkorban’ buat diri sendiri atau orang lain demi meraih ganjaran pahala.

Paling mencuri perhatian, usahawan jelita, Madammu menerima pujian ramai apabila menghadiahkan haiwan korban buat pembantu dan pengasuh anaknya.

No Image Caption

Jika sebelum ini solekan yang flawless dan gaya hidup mewah menarik perhatian ramai, kali ini kemurahan hatinya bikin ramai tersenyum.

Dalam live di platform TikTok baru-baru ini, pemilik nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid itu berkongsi rezeki bersama insan-insan yang setia membantunya.

Madammu yang kelihatan ceria sambil berkata: “Sukalah bibik dapat lembu.”

“Terima kasih Madam bagi bibik lembu,” balas pembantu yang tersenyum gembira sambil berdiri di sebelahnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Nak dijadikan cerita, pengasas Noir Beauty & Health itu sebenarnya membeli seekor lembu di kampung halaman pembantu rumahnya di Jakarta.

Bukan itu jer, seekor lembu lagi dihadiahkan kepada pengasuh anaknya yang disapa Kak Ria untuk dikorbankan di kampung yang terletak di Bandung.

No Image Caption

“Lembu saya beli untuk bibik di Jakarta tu lebih kurang RM5,000 lebih duit Malaysia. Kalau untuk Kak Ria, murah sikit sebab di Bandung,” jelas Madammu dengan nada bersyukur.

Tindakan murni tersebut mendapat pujian bertalu-talu daripada netizen.

Ramai tersentuh dengan keprihatinan Madammu yang sanggup menghadiahkan sesuatu sebesar itu demi menghargai pekerjanya.

“Alhamdulillah. Semoga bibik and Kak Ria balas dengan jasa baik pada madam sekeluarga.” - @nadhsmdn

“Happy muka bibik madam dapat hadiah lembu..” - @LyNn_lover

“Comel Ika manja sungguh,lembut sopan je.” - @mierajalal

“Moga murah rezeki madam.” - @Pudung Dib

Seronok, kan? Bila majikan prihatin dan menghargai keikhlasan pekerja dengan penghargaan yang bukannya kecil.

No Image Caption

Almaklumlah, dalam dunia serba laju dan kadangkala penuh ‘fake nice’, momen tulus begini benar-benar buat ramai tersentuh.

Madammu membuktikan bahawa penghargaan tidak semestinya dengan kata-kata tetapi melalui tindakan ikhlas yang lahir dari hati.

No Image Caption

Buat pembantu rumah dan pengasuh, lembu itu mungkin bukan sekadar haiwan korban. Ia adalah tanda cinta, terima kasih dan nilai kemanusiaan yang tak terucap.

Barangkali ia satu pesanan lembut buat kita tentang pentingnya menghargai mereka yang selalu ada di belakang tabir kehidupan yang sama-sama membantu tanpa sebarang keluhan.

Sebelum terlupa, SinarPlus ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga semua ibadah korban diangkat dan diberi ganjaran pahala setimpal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang