Inspirasi betul! Cantik & bijak, isteri Fizo Omar raih band 7 ujian IELTS
INSPIRASI betul! Biarpun bergelar ibu kepada tiga cahaya mata, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri berjaya membuktikan penguasaannya dalam bidang bahasa Inggeris.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) itu berkongsi keputusan cemerlang ujian antarabangsa dalam kemampuan bahasa Inggeris International English Language Testing System (IELTS).
IELTS yang menggunakan sembilan skala band untuk mengenal pasti tahap kecekapan daripada non-user (band score 1) kepada expert (band score 9) dan Fazeera berjaya meraih band 7.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Fazeera, 27, atau lebih mesra disapa Faz memuat naik keputusan yang diraihnya.
Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz meraih markah yang tinggi iaitu 7.5 manakala ujian membaca 6.5.
Bagi ujian penulisan pula, Faz mendapat 6.0 dan untuk keseluruhan bekas pramugari Emirates itu meraih band 7.
Kejayaan anak kelahiran Kuching itu kini sedang bertugas sebagai pensyarah bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di University College of Aviation Malaysia itu menerima reaksi positif warga maya yang mengagumi kebolehannya.
Ujar mereka:
"Congratulations. Adore ur enthusiasm Keep it up. You inspire us all."
"Wow band 7 tu. Saya dulu nak dapatkan band 6.5 untuk pengesahan jawatan pun rasa tercirit, tahniah Faz."
"Band 7.0! Kalau nak buat Phd pun boleh pakai yang ini."
"Tahniah Faz. Ada anak dan sudah berkahwin bukan halangan. Saya suka dengan semangat awak, keep it up girl!"
Sekadar info, Faz dan Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar, 38, diijab kabul pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan, Umaira, 1.
Fizo memilliki seorang anak perempuan, Wan Maryam, 6, daripada perkahwinan pertamanya.
10 INFO IELTS
1-Merupakan ujian antarabangsa dalam kemampuan bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Universitas Cambridge, British Council dan IDP Educational Australia.
2-Salah satu ujian bahasa Inggeris utama di dunia selain TOEFL, TOEIC dan OPI.
3-Digunakan untuk mengukur kemahiran bahasa orang yang ingin belajar atau bekerja yang mana Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa komunikasi.
4-Ia menggunakan skala 9 band untuk mengenalpasti tahap kecekapan dari non-user (band score 1) sehingga ke expert (band score 9).
5-Diterima oleh kebanyakan institusi di Australia, United Kingdom, Kanada, Ireland, New Zealand dan Akademik Afrika Selatan, lebih daripada 3,000 institusi akademik di Amerika Syarikat, dan pelbagai organisasi profesional.
6-Ia juga merupakan syarat untuk imigresen ke Australia, New Zealand dan Kanada.
7-Keputusan IELTS dinilai pada skala paling tinggi iaitu skala 9. Bagi mereka yang ingin memasuki universiti di luar negara, skor minimum adalah antara 5.5 hingga 6.5 dan skor antara 7.0 hingga 7.5 bagi mereka yang berminat dalam program siswazah bergantung kepada syarat universiti.
8-Ujian IELTS terbahagi kepada empat bahagian iaitu Listening, Reading, Writing dan Speaking.
9-Untuk seksyen Listening, Reading dan Writing dilaksanakan dalam satu sesi sahaja. Manakala, seksyen Speaking boleh diambil pada hari yang sama atau sehingga tujuh hari sebelum atau selepas ujian lain.
10-Semua penguji Listening dan Speaking adalah yang sama, manakala ujian Reading and Writing berbeza bergantung kepada ujian sama ada sesi Academic atau General Training.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang