Inspirasi! Nur Rafidah Jungle Girl, wanita Orang Asli raih pendapatan lumayan, ubah minat kepada herba jadi perniagaan

No Image Caption
A
A
A

POPULAR di laman sosial TikTok, kelibat siaran langsung Nur Rafidah sering di muncul FYP menjual minyak Minyak 1001 Khasiat Jungle Girl.

Menggunakan pengetahuannya yang mendalam tentang herba tradisional, wanita suku Jahut, Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau, Temerloh kini mampu tersenyum selepas produk herba serta makanan dan penjagaan kulit menjana pendapatan lumayan.

Siapa sangka wanita muda ini yang menggunakan akaun @Jungle Girl mampu meraih jualan lumayan dan mencatat jualan ribuan unit produknya seperti minyak herba, jamu dan madu yang dihasilkannya sendiri.

Kesederhanaan dan keaslian video TikTok yang dihasilkan membuatkan Nur Rafidah mudah didekati oleh pengikutnya.
Kesederhanaan dan keaslian video TikTok yang dihasilkan membuatkan Nur Rafidah mudah didekati oleh pengikutnya.

Segalanya bermula selepas beliau mengubah minatnya dalam herba tradisional menjadi perniagaan!

Nur Rafidah atau mesra disapa Fida mula berniaga sejak November tahun lalu menggunakan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu sebagai bahan utama.

Artikel Berkaitan:

Fida ketika ditemu ramah saluran radio AsyikFM
Fida ketika ditemu ramah saluran radio AsyikFM

Giat menghasilkan konten tentang adat resam Orang Asli dan pemandangan suasana di kampung tempat tinggalnya menerusi aplikasi TikTok, Fida tidak menyangka ia menjadi pembuka pintu rezeki.

"Saya tidak menjangka percubaan itu berhasil dan tidak pernah terfikir mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding pekerjaan dahulu," katanya yang pernah bekerja sebagai pembantu kantin sekolah.

Masakan tidak, kini ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia enam tahun itu kini memiliki 177,000 pengikut dan lebih 384,000 likes di TikTok.

No Image Caption

Beliau yang awalnya berasa ragu-ragu bagaimanapun terus konsisten selepas melihat hasil pertama yang memberangsangkan.

Segala-galanya bermula apabila ibu muda itu menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau, sekitar Jun dan Ogos tahun lalu.

Fida mempelajari cara merakam dan menyunting video, memilih tajuk kandungan yang menarik, serta menggunakan peralatan seperti mikrofon, lampu dan tripod.

Ilmu berkenaan membantunya dalam menghasilkan video yang menarik di TikTok, yang akhirnya menarik perhatian ramai pengikut.

"Pada awalnya saya ragu-ragu boleh ke nak buat, tapi selepas pertama kali buat dan melihat hasil komisen yang dapat, mula terasa semangat itu datang dan tanpa berfikir panjang saya buat secara konsisten.

Petah menjawab pertanyaan warganet dan memberi penerangan yang padat, tidak hairanlah produk jualannya laris
Petah menjawab pertanyaan warganet dan memberi penerangan yang padat, tidak hairanlah produk jualannya laris

"Selepas itu, saya mula berani pula berniaga secara 'affiliate' (menjadi ejen) dengan membabitkan aktiviti promosi dan jualan secara langsung produk lain seperti makanan dan penjagaan kulit untuk mendapatkan komisen sampingan," katanya.

Wah, semangatnya mendengar perkongsian daripada Fida ini. Jika dahulu pengetahuan herba untuk kegunaan sendiri namun selepas dikomersialkan mampu menjana pendapatan lumayan.

Rezeki tidak datang bergolek. Asalkan kita tidak takut mencuba, tidak lekas putus asa dan bijak menggunakan peluang yang ada, pasti ada jalan untuk berjaya.

Hasil pendapatan itu juga membolehkan Fida dan suaminya merealisasikan memiliki rumah impian Mei lalu. Memang inspirasi!

Hasil kerajinan dan konsisten, Rafidah merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri
Hasil kerajinan dan konsisten, Rafidah merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang