"Itu satu-satunya anak perempuan saya...' Ayah dedah lokasi penemuan jasad Nuraina di kawasan haiwan berbisa

No Image Caption
A
A
A

NEGARA sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat kanak-kanak perempuan Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Jasad Nuraina Humarira Rosli telah ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya dekat perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada Sabtu.

Mayat dikatakan dijumpai di kawasan pendalaman iaitu pada jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan tersebut.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan ke atas tubuh mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sungai Siput bagi siasatan lanjut dan sementara itu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Walau bagaimanapun, laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher selain kesan koyak pada bahagian alat sulit mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Siput mengesahkan terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher dan juga koyakan di kemaluan mangsa.

Berdasarkan maklumat berkenaan, mangsa dipercayai dibunuh di sebuah tempat kemudian dicampakkan di paya berkenaan.

Kes yang sebelum itu diklasifikan sebagai mati mengejut telah diklasifikasikan semula sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum kehilangannya, mangsa telah pergi ke sebuah kedai makan seorang diri kira-kira jam tiga petang bagi membeli ayam.

Bagaimanapun, keinginannya tidak tercapai apabila mangsa terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana kedai berkenaan telah kehabisan ayam.

Mengetahui keadaan itu, bapa saudara mangsa kemudiannya meminta kanak-kanak 10 tahun itu untuk menunggunya sehingga selesai bekerja bagi membeli ayam di kedai yang berlainan.

"Bapa saudara kanak-kanak itu memintanya menunggu sekejap sementara dia menghabiskan kerja.

"Sepanjang tempoh menunggu itu, mangsa didapati sedang bermain buaian di kawasan itu, namun bila bapa saudara keluar dari rumah didapati mangsa sudah tiada," katanya.

Mangsa yang turut mempunyai masalah pendengaran dan lembam dikatakan bermain buaian di kawasan sekitar ketika sedang menunggu bapa saudaranya.

Namun, malang tidak berbau apabila mangsa didapati tidak berada di kawasan perumahannya sejurus bapa saudaranya ingin menjemputnya.

Perkembangan terkini, seorang saudara lelaki mangsa telah ditahan di kediamannya kira-kira jam 5.30 petang Ahad.

No Image Caption

Remaja yang berusia 17 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki membunuh kanak-kanak perempuan berkenaan.

Perintah reman yang akan berakhir pada 25 Ogos depan dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati remaja berkenaan kali terakhir dilihat di Surau Madrasah Darulsalam yang jaraknya kurang 100 meter dari rumah keluarganya.

No Image Caption

Bapa mangsa, Rosli Mahadi, memberitahu Nuraina seorang kanak-kanak yang pemalu dan suka bersendirian yang sering kekecewaannya kerana tidak mampu mengawasi anak pertamanya itu sehingga boleh menyebabkan kematian.

Tambahnya lagi, Nuraina yang juga murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu adalah seorang yang manja dan ringan tulang membantu ibu serta menjaga adik lelakinya berusia empat tahun.

"Itulah satu-satunya anak perempuan saya. Selalu bila saya balik kerja, dia akan pinjam telefon untuk tengok kartun di Youtube, tetapi sekarang dia dah tak ada," katanya sebak.

Lebih memeranjatkan, lokasi penemuan mayat Nuraina merupakan kawasan yang dipenuhi semak samun selain didiami banyak binatang berbisa.

Oleh sebab itu juga, kawasan berkenaan jarang dilalui oleh penduduk setempat kerana boleh mengancam keselamatan mereka.

“Semasa dimaklumkan anak hilang, saya dan penduduk melakukan pencarian di kawasan belakang rumah dan sekeliling kampung tetapi tidak sampai ke kawasan berpaya kerana orang kampung tidak pernah ke sana.

“Jadi saya yakin anak saya tidak akan ke sana seorang diri,'ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang