Kejar impian dalam bisnes, mahu jadikan TudungSiComel peneraju hijab pelajar sekolah & buka peluang suri rumah jana pendapatan

No Image Caption
A
A
A

PERNIAGAAN yang bermula dengan menyewa lot kedai kecil di hentian bas Wan Central Damansara Damai dengan kadar sewa RM350 sebulan, akhirnya berkembang maju.

TudungSiComel yang ditubuhkan pada Oktober 2013 diasaskan oleh Kapten Syahruddin Zainul TUDM (Bersara).

Beliau merupakan seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia yang telah berkhidmat selama lebih dari 10 tahun memilih untuk membuka syarikat enterprise yang memfokuskan kepada penjualan tudung, telekung, dan jubah kanak-kanak.

No Image Caption

Ketika ditemu bual SinarPlus baru-baru ini, bekas penuntut Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dari tahun 1995 hingga 1999 itu mengakui memilih berhenti lebih awal dalam kerjayanya demi mengejar minat dalam bidang bisnes.

Pada tahun 2016, syarikat itu dinaik taraf kepada status Sdn Bhd dan berpindah ke lokasi yang lebih besar di Season Square, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Setelah itu, TudungSiComel mengambil langkah penjenamaan semula untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan penjualan tudung sekolah yang kemas dan selesa.

"Fokus kami adalah menjadi pilihan utama ibu-ibu di Malaysia dalam pembekalan tudung sekolah yang kemas dan selesa. Pada masa sama, kami mahu menghasilkan pelbagai variasi tudung sekolah dan menjadi pusat sehenti untuk semua keperluan tudung sekolah di Malaysia.

"TudungSiComel juga berhasrat mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan menjadi syarikat yang mementingkan kebajikan staf, serta membuka peluang kepada golongan suri rumah untuk menjana pendapatan melalui program Dropship dan Affiliate," ujar Syahruddin lagi.

Patuh syariah

Lebih membanggakan apabila pada 10 November 2022, TudungSiComel diiktiraf sebagai syarikat yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah dalam operasi dan produknya. Pengiktirafan ini diberikan oleh Elzar Shariah Solution & Advisory, penasihat Syariah yang dilantik.

No Image Caption

"Antara produk utama yang kami keluarkan termasuklah, tudung sekolah awning scuba, awning lembut, dan jenis dua lapis.

"Pemilihan fabrik jenis kain Lycra Korea Original yang lembut dan meregang sesuai untuk kanak-kanak yang aktif, sesuai dengan prinsip kami untuk memberikan keselesaan kepada pelajar.

"Bahkan, jika ada pelanggan yang tidak berpuas hati, boleh menukar atau memulangkan kembali produk kerana ia mempunyai jaminan istimewa 180 hari,"kongsi Syahruddin lagi.

Bantu suri rumah

Dalam pada itu, jenama berkenaan turut membuka peluang kepada kaum wanita khususnya suri rumah yang berminat untuk menjadi usahawan menerusi program latihan khusus dan subsidi pengiklanan.

No Image Caption

"Sejak 2016, TudungSiComel berkomitmen untuk membantu suri rumah menjadi usahawan.

"Justeru, menerusi program skim bayaran tangguh yang kami perkenalkan ini pastinya akan dapat membantu ejen yang menghadapi kekangan modal, memastikan penghantaran tempahan dapat dilakukan tepat pada masanya,"jelas beliau.

Tambah beliau lagi, program yang dilaksanakan itu turut menerima pelbagai sokongan daripada agensi kerajaan seperti MARA, yang memberikan Dana Geran Digital dan peluang untuk menyertai kursus dan seminar.

Syahruddin tatkala diminta berkongsi harapan untuk akan datang mengakui mahu jenama berkenaan terus menghasilkan koleksi tudung sekolah yang berkualiti dan selesa, selain menjadi platform bagi golongan suri rumah untuk berniaga dan menjana pendapatan dari rumah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang