‘Saya ‘lapar’ dan ‘dahagakan’ kejayaan orang lain…' Wawa Zainal & Aeril Zafrel hadiahkan staf kereta, pasang niat mahu belikan rumah

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN selebriti dan juga usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini membuat kejutan terhadap seorang kakitangan mereka di Wawa Cosmetics apabila menghadiahkan sebuah Perodua Bezza sebagai tanda penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan beliau sepanjang tahun 2024.

Dalam ucapannya Wawa berkata, prestasi kerja dan dedikasi yang ditunjukkan pekerja dari unit operasi tersebut melayakkan beliau untuk memperoleh penghargaan tersebut.

No Image Caption

“Saya tahu bagaimana mereka penat setiap hari dalam memastikan perjalanan kerja di Wawa Cosmetics berjalan lancer. Justeru, sebagai tanda penghargaan, kami hadiahkan sebuah kereta memandangkan kebanyakan pekerja operasi ini masih belum mempunyai kenderaan.

“Individu yang terpilih ini mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi tahun ini, walau sebenarnya ada ramai lagi yang mencapai KPI syarikat tapi kiranya ini rezeki dia, insya-ALLAH pekerja lain untuk masa akan datang,” katanya.

Wawa berkata demikian ketika ditemui SinarPlus dalam majlis Wawa Glamorous Night, di Putrajaya, baru-baru ini.

Malah, isteri kesayangan Aeril Zafrel itu mengakui akan terus memberikan penghargaan kepada pekerjanya pada masa akan datang. Bahkan, beliau berkongsi hasratnya untuk menghadiahkan sebuah rumah sekiranya jualan jenama mencapai sasaran kelak.

No Image Caption

“Boleh dikatakan kereta adalah hadiah paling besar pernah kami berikan sebab setiap tahun kami akan bawa kakitangan bercuti ke luar negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat.

“Setiap tahun saya dan Aeril memang mahu berikan yang terbaik untuk mereka dan insya-ALLAH tahun ini (2025), kalau syarikat capai target jualan mungkin hadiah yang ditawarkan adalah sebuah rumah.

“Memang kami sudah berniat nak menghadiahkan sebuah rumah. Sebenarnya ini kejutan, kakitangan yang menang hari ini mereka tak tahu keputusan sebab saya mengupah pengurus acara dari luar untuk menjayakan majlis ini,”ujarnya sambil meletakkan sasaran jualan keseluruhan RM50 juta untuk tahun 2025.

No Image Caption

Jelas beliau lagi, walaupun tahun 2024 hanya berjaya meraih lebih RM30 juta sama seperti tahun sebelumnya, namun pihaknya bersyukur kerana masih boleh bertahan meski pelbagai cabaran yang dihadapi.

“Saya percaya apa yang saya dan Aeril peroleh sekarang ini adalah atas doa, kebersamaan dengan pekerja. Malah ada juga rezeki untuk orang lain dalam rezeki kami.

“Memang niat daripada dulu nak cari duit bukan untuk kami semata-mata tetapi untuk famili, staf dan semua. Kejayaan mereka adalah kejayaan sebenar kami. Bila orang lain capai kejayaan maka itulah pencapaian terbaik kami.

No Image Caption

“Wawa sangat ‘lapar’ dan ‘dahagakan’ kejayaan orang lain berbanding kejayaan sendiri. Bila mereka datang beritahu dapat beli itu ini hasil jualan produk, yang kami keluarkan.

"Saya puas kerana apa yang kami buat ini memberi manfaat pada orang lain. Sebab itu setiap kali berdoa minta semoga dapat keluarkan produk berkualiti yang boleh memberi manfaat pada semua,”ujar Wawa lagi dengan Panjang lebar.

No Image Caption

Pada majlis sama, Wawa Cosmetics turut meraikan penjual semula (reseller) yang berjaya mencapai jualan keseluruhan bagi tahun 2024, seperti penghargaan berupa wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang