Syed Saddiq berjaya raih RM1 juta untuk Muar, tangisan di garisan penamat menyentuh hati. 'Rasa hendak pitam, muntah, kejang'
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membuktikan bahawa semangat juang dan keazaman tinggi mampu mengatasi segala keperitan fizikal apabila berjaya mengumpul RM1 juta untuk kebajikan untuk masyarakat Muar.
Sebanyak RM1 juta bantuan kebajikan berjaya dikumpulkan dan selepas berjaya menamatkan pertandingan triatlon berprestij, Ironman Malaysia 2025 dalam masa kurang 13 jam.
"Saya lakukan ini untuk Muar. Ya, tangisan yang benar-benar datang daripada hati dan tangisan saya bukan biasa-biasa.
"Ia hodoh, penuh emosi. Tetapi semuanya berbaloi," kongsinya.

Menerusi perkongsian video yang memaparkan detik beliau melepasi garisan penamat sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan menahan sebak, Syed Saddiq turut mengakui bahawa cabaran itu benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mentalnya.
Namun demi tanggungjawab dan misi RM1juta, segala kesakitan ditelan.

"Berkali-kali saya hampir pitam, seluruh badan kekejangan, keluar masuk tandas kerana muntah, dan makanan langsung tidak dapat dihadam.
"Namun akhirnya rekod peribadi baharu tercipta. 2024 catatan masa 13 jam 13 minit manakala 2025 pula 12 jam 22 minit.
"Saya berjaya memotong masa sebanyak 48 minit, walaupun larian kali ini amat sukar dan benar-benar menyeksakan," luahnya.
Terdahulu, wakil rakyat muda itu menyahut cabaran syarikat pengeluar pakaian tempatan, Prima Valet, untuk menamatkan tiga disiplin cabaran Ironman iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180 km, dan berlari 42.2 km dalam masa di bawah 13 jam.
Perkongsian anak kepada Syed Abdul Rahman Syed Abdullah dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet, yang rata-rata mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa terharu atas pengorbanannya demi masyarakat Muar.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
