Satu pintu ditutup, 10 pintu lain dibuka. Kontrak DJ Era batal, Syed Saddiq ‘lock’ job lain RM1 juta

No Image Caption
A
A
A

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi berita kontraknya yang ditandatangani oleh beliau dan sebuah stesen radio tempatan tidak dapat diteruskan.

Menerusi Instagram, Saddiq berkongsi beberapa perancangannya yang tidak terlaksana susulan itu.

"Minggu lalu saya telah berjanji untuk berkongsi satu berita gembira.

"Sejujurnya, saya sendiri tidak sabar untuk mengumumkannya. 

"Percayalah pada perancangan ALLAH. Setiap ujian membina insan yang lebih kuat," kongsinya.

Menerusi video berkenaan ahli politik berusia 33 tahun itu meluahkan perancangannya untuk menyumbangkan 100 peratus gajinya sebagai penyampai radio kepada 20 mahasiswa daripada keluarga susah di Muar hampir tidak menjadi kenyataan.

No Image Caption

"Hari ini, saya kena jujur dengan anda semua sebab video pengumuman ini dah ditonton lebih 7 juta kali di semua platform media sosial saya.

Artikel Berkaitan:

"Pada hari Khamis lepas, saya telah tanda tangan kontrak bersama Era FM untuk sertai team 3 Pagi Era sebagai salah seorang penyampai mereka.

"Era teruja, saya pun teruja. Dua-dua happy. Saya sudah maklumkan kepada mereka 100 peratus gaji saya akan disumbangkan sebagai biasiswa kepada 20 mahasiswa daripada keluarga susah di Muar.

"Saya teruja sebab nak berganding dengan Abang Nabil, Pak Azad, Radi. Saya nak bawa perspektif edutainment iaitu sambil mendidik, kita menghibur.

"Runding, sign kontrak, photoshoot dan video shoot pun sudah dilakukan.

"Mama dan Abuya sudah ada perancangan untuk datang sempena pengumuman hari ini.

No Image Caption

"Anak-anak Muar yang bakal dapat biasiswa pun sudah dimaklumkan. 

"Tetapi semalam saya dimaklumkan oleh Team Era atas sebab-sebab tertentu, kerjasama berkenaan tidak dapat diteruskan. Apa maksud sebenar sebab-sebab tertentu. That is a story for another day.

"Tapi saya menghargai kejujuran Team Era dalam bab ini. I don't want to make it difficult for them as well. Era dan Astro berbesar hati tetap mahu lunaskan bayaran kontrak yang dah ditanda tangani.

"Dan saya akan salurkan 100 peratus jumlah itu ke Tabung Biasiswa Muar seperti yang dijanjikan. 

"Sedih?  Tidak kerana  saya percaya satu pintu rezeki tertutup, sepuluh lagi dibuka.

"Pada hari saya diberitahu pelan dengan Era perlu put on hold,  pada hari yang sama juga saya menerima tawaran-tawaran berbeza yang berjumlah RM1,060,000.

"Sebab itu kawan-kawan ingat satu sahaja, trust ALLAH's plan. Every setback builds a stronger man. Nantikan," kongsinya.

Sementara itu , stesen radio Era.FM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan rancangan tersebut tidak dapat diteruskan meski pun sudah menandatangani perjanjian.

No Image Caption

"Pihak kami ingin mengesahkan bahawa kerjasama Era–Syed Saddiq tidak dapat diteruskan buat masa ini.

"Kerjasama dimeterai atas semangat muafakat yang tinggi, positif dan penuh persefahaman.

"Bagaimanapun, walau perkembangan terbaharu yang tidak dapat dielakkan mendorong kepada perubahan terhadap dinamik Era–Syed Saddiq, kami tetap komited untuk melaksanakan segala yang telah dipersetujui berdasarkan persetujuan bersama.

"Terima kasih kepada semua yang terus setia bersama ERA sepanjang 27 tahun ini," katanya dalam kenyataan.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang