Kemesraan Syed Saddiq di hari lahir anak Bella Astilah jadi perhatian. 'Spontannya Ara. Dia rindu seorang daddy'

No Image Caption
A
A
A

 

BARU-baru ini sambutan hari lahir anak penyanyi dan pelakon Bella Astillah tular di laman sosial.

Sambutan hari lahir Mohamad Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, dikongsikan parti hari lahir bertemakan watak animasi itu dilihat turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuk Betty Rahmad, penyampai radio dan pengacara Haziq Hussni dan usahawan Datuk Azril Mohd Radzi.

Menerusi Insta Story adik Bella, Didi Astillah sempat menitipkan ucapan hari lahir buat kedua-dua anak saudaranya.

"My birtday boy Ayden and birthday girl Ara.

"Jantung hati dua-dua ini. Cepatnya nak besar. Titalove will always and forever loves you both," titip Didi.

No Image Caption

Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir memeriahkan parti berkenaan dengan kostum watak adiwira Super Man.

Artikel Berkaitan:

Bukan hanya sebagai kenalan kepada keluarga, ahli politik berusia 33 tahun itu kelihatan mesra melayani Ayden dan Ara.

Melalui sebuah video, sebuah video, momen manis Syed Saddiq bergambar dengan Ara membuatkan warganet tersentuh.

"Touching. Terharu sungguh. Comelnya Ara letak tangan lagi tu atas bahu."

"Sedih pun ada happy pun ada. Budak-budak seusia ni sepatutnya bermanja dengan insan yang bergelar ayah. Bermain dan bermanja."

"Comelnya masa Ara letak tangan atas bahu uncle."

"Aduh, daddy and daughter betul-betul seiras. Manjanya Ara dengan Uncle Saddiq. Kami doakan moga menjadi realiti."

"Spontannya Ara. Dia rindu seorang daddy. Tapi Alhamdulillah dikelilingi ramai orang-orang sayang mereka."

"Nampak Ara sayang kepada YB. Budak-budak tidak menipu."

No Image Caption

Tidak ketinggalan, Syed Saddiq juga dilihat memberikan tip memandu go cart kepada Ara.

Sekadar info, hubungan antara Syed Saddiq dan Bella Astillah yang sedang hangat diperkatakan. Terdahulu, Syed Saddiq pernah muncul dalam video klip lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Mereka kemudian muncul dalam banyak rangka promosi sebagai duta produk, termasuk berlakon dan hos live.

Syed Saddiq juga baharu sahaja dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Kepada Sinar Harian, anak jati Johor Bahru itu menyatakan mempunyai perancangan untuk berumah tangga namun menyimpan kemas pelan berkenaan kerana mahu memiliki ruang sendiri dalam hal yang bersifat peribadi.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang