Tak sabar tunggu giliran 2030, usahawan Yati Kamarzaman ambil pakej private Tabung Haji berangkat ke Tanah Suci
ALHAMDULILLAH, tahniah diucapkan buat usahawan dan personaliti media sosial, Yati Kamarzaman yang kini sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Pemilik nama Noor Hayati Kamarzaman atau mesra disapa Kak Yatie mendedahkan beliau tidak sabar untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dan mengambil pakej daripada Tabung Haji.
"Pengalaman haji untuk mereka yang teringin buat tetapi jauh lagi panggilan (giliran), Kalian koleh ambil pakej private Tabung Haji Travel.
"Sepatutnya nama Kak Yatie naik pada 2030. Namun, sebab tak sabar dah menunggu (giliran), Kak Yatie ambil pakej dengan Tabung Haji tahun ni," kongsinya.
Kakak kepada pempengaruh Datuk Seri Alif Syukri itu juga berkongsi cara-cara dilakukannya:
1-Pergi ke laman web Tabung Haji (www.thts.com.my) atau ke ibu pejabat Tabung Haji.
2-Pilih pakej yang ditawarkan mengikut bajet masing-masing.
3-Kena awal, sekurang-kurangnya selepas Hari Raya 2025. Sebab kalau lambat ia penuh kerana pakej tersebut ada had kuotanya.
Kata Yati, soal makanan, hospital, ubat-ubatan, khemah, rawatan, pengangkutan dan hotel memang terjamin dengan pakej di bawah Tabung Haji.
"Kak Yatie memang galakkan korang pergi direct je dengan TH. Kenapa bayar lebih kalau boleh dapat servis yang lebih premium dan selesa?" kongsinya,
Rupanya, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah mengalami pengalaman pahit dalam merealisasikan impian bergelar duyufurrahman.
"Tahun lepas Kak Yatie sudah bayar agensi luar untuk buat Haji. Tapi tiada kepastian dari segi hotel dan khemah, Kak Yatie cancel kan. Duit tidak dibayar penuh dan terpaksa guna khidmat guaman (untuk dapatkan semula).
"Alhamdulillah akaun agensi tersebut dibekukan untuk duit Kak Yatie dipulangkan semula. Kos guaman sekitar RM5,000. So kalau agensi menipu korang tak bayar duit yg di dahulukan, upah peguam kerana ia hak kita. Jangan bagi muka," ujarnya lagi.
Warganet tidak melepaskan peluang mendoakan agar ibadat haji influencer itu dipermudah. Ujar mereka:
"Usaha mampukan diri untuk ambil pakej berbayar swasta agar tak ganggu pakej subsidi muasasah bagi yang betul-betul berhak. Insya-ALLAH, ALLAH mudahkan."
"Alhamdulillah Betul tu, kalau mampu bayar lebih, bayar sahajalah walaupun pakej swasta. Tak yah kita nak berebut pakej haji bersubsidi. Bayar pakej swasta yang diiktiraf oleh Tabung Haji. Moga ALLAH bagi rezeki berlebihan untuk manfaat diri sendiri dan orang lain.
"Alhamdulillah. Kalau duit banyak memang patut kita laburkan ke jalan ibadah. Semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah."
"Selamat menunaikan ibadah haji, semoga dipermudahkan segala ibadah di sana dan diberikan kesihatan yang baik serta dikurniakan ibadah haji mabrur to both of you. Aamiin."
Baca juga: Bakal hajah muda! Rezeki tunai haji usia 30 tahun, Elfira Loy luah syukur
Baca juga: Tunai haji, Johan & Ozlynn bakal berangkat ke Tanah Suci ditaja Kementerian Media Arab Saudi
Pengelola Jemaah Haji (PJH) di bawah Tabung Haji
Menerusi tinjauan SinarPlus, jemaah haji Malaysia mempunyai dua pilihan iaitu Muassasah atau pakej haji yang dikendalikan oleh anak syarikat Tabung Haji, TH Travel & Services Sdn Bhd dan PJH.
Bagi tahun 2024, Tabung Haji menyediakan 25 PJH yang berdaftar di bawahnya. Pelaksaan kemudahan itu adalah bertujuan:
-Membolehkan jemaah haji mendapat perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah.
-Membuka peluang kepada Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim untuk mengendalikan jemaah haji secara terkawal sebagai PJH.
Namun, ada peringatan penting bagi jemaah haji Malaysia yang berminat menunaikan haji dengan PJH. Mereka perlu mematuhi peraturan kerajaan Arab Saudi untuk menggunakan visa haji bagi mengerjakan haji dan bukannya visa pelancong yang tidak dibenarkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang