Tular 9.3 juta tontonan, bayi setahun lima bulan fasih surah lazim. Ibu dedah amalan sejak lahir

No Image Caption
A
A
A

BARU mencecah usia setahun lima bulan, seorang kanak-kanak mempu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan ibunya dengan lancar.

Cair penulis dibuatnya melihat telatah Fahry Nezar yang ni tau! Terfikir juga apa didikan diberikan kepada si kecil hingga kuat memorinya mengingati surah-surah itu biarpun hanya di hujung.

Dalam satu video viral 9.3 juta tontonan berdurasi 1 minit 23 saat, si kecil itu berjaya menyambung bacaan surah al-Asr dan al Dhuha hingga menjadi tumpuan warganet yang tertarik dengan kebolehannya.

Ibunya Fatin Nur Sakinah Zolkifly, 31, mendedahkan beliau dan suami memang mempraktikkan selawat, zikir dan ayat-ayat al-Quran sejak si comel itu dilahirkan.

"Sejujurnya rasa tidak layak untuk saya kongsikan apa yang kami praktikkan. Sejak newborn, kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.

"Mulut saya bersilih ganti berselawat dan membaca surah ketika nak tidurkan Fahry kerana dia jenis high need baby yang mudah tenang dengan bacaan al-Quran, azan dan zikir.

No Image Caption

"Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang jenis automatik diam bila kami baca surah. Dia boleh tenang dan tenung mata kami," katanya.

Ibu muda itu tidak menyangka Fahry mampu menghafal surah lazim yang sering dibaca sejak bayi.

"Tak sangka bacaan surah sudah terakam dalam otaknya. Bermula dari umur enam bulan dia sudah mula bercakap dan apabila masuk lapan bulan mula pandai menyambung surah yang saya baca.

"Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada menggunakan audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.

Baca juga: 11 anak dalami bidang agama, 4 huffaz al-Quran, Dr Nurwanis kongsi doa & amalan ibu bapa. Wajar dijadikan contoh!

Baca juga: Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

Baca juga: 'Syahdu oemma pagi ini.' Menteri Pendidikan terharu anak ketiga khatam 30 juzuk pada ulang tahun kelahiran

Baca juga: Tamat hafaz 30 juzuk al-Quran pada usia 10 tahun, ibu ini kongsi amalan anak

"Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan 'tebuk' untuk ujian hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama-kelamaan dia akan dapat semua ayat.

No Image Caption

Berkongsi tip kepada pengguna TikTok, Fatin berkata mengajar dengan suara ibu lebih baik kerana anak mengenali suara ibunya.

Warganet menyokong tindakan ibu muda itu dan menjadikan ia sebagai inspirasi. Kata mereka:

"Maknanya dia ingat surah-surah tu sebab dia tau hujung ayat semuanya. Semoga jadi anak soleh, aminn."

"Masya-ALLAH semoga satu hari nanti menjadi penghafal al-Quran."

"Anak kecil umpama kain putih, orang sekelilinglah yang mencorakkan mereka dengan input yang bermanfaat."

"Anak-anak seperti span, menyerap apa yang didengar. Anak saya umur sembilan bulan sudah hafal al-Fatihah kerana saya baca sebelum tidur."

Seronok tengok Fahry ini, celik al-Quran sejak baby. Moga ia menjadi inspirasi kepada keluarga yang lain.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan Nuratikah Athilya Hassan)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang