'You can do this Tasha.' Anak kedua Dr Sheikh Muszaphar terpilih program bakat Olimpik
TAHNIAH diucapkan buat anak kedua angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha iaitu Sophea Natasha kerana terpilih mengikuti Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang.
Bukan calang-calang! Ia merupakan pencapaian yang membanggakan buat si manis yang baharu berusia 12 tahun itu.
“Alhamdulillah, Tasha telah terpilih untuk menyertai Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang.
“Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Segala usaha keras selama ini akhirnya mula membuahkan hasil.
Artikel berkaitan:
- 'Tidak pernah sekalipun mengeluh.' Dr Sheikh Muszaphar hargai pengorbanan isteri besarkan 7 anak, mendidik tanpa jemu
- Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar untuk Bella. 'Selepas berfikir, berbincang & solat istikharah'
- Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor
- Dr Sheikh Muszaphar kongsi anak menangis, syukur ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC). 'All the hard work paid off'
"Setiap latihan, setiap pengorbanan, semuanya kini semakin bermakna,” luahnya.

Lebih membanggakan, Sophea Natasha yang mesra disapa Tasha tetap tersenarai biarpun sering kali sibuk dengan jadual padat.
“Tapi ini juga bermakna, latihan akan menjadi lebih mencabar. Jam 5.30 – 7.30 pagi, 7.00 – 9.30 malam enam kali seminggu bermula minggu depan.
“Tak pasti macam mana Tasha nak hadap semua ni. Daddy pun pening. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang pula sekolah rendah agama, subuh dan malam di kolam renang.
“Sekarang pula, Tasha sedang bersiap untuk Kejohanan MSSD. Acara 200m dan 1200m, Latihan setiap hari sepanjang cuti sekolah. Minggu ini juga ada Pertandingan Matematik Olimpik. Memang huru-hara jadinya,” katanya.

Biarpun penuh dengan aktiviti yang perlu dilakukan namun Sheikh Muszaphar dan isteri sentiasa menyokong minat anak perempuannya itu.
Beliau turut menyatakan bahawa perjalanan untuk berjaya pastinya memerlukan pengorbanan, komitmen dan disiplin agar setiap impian yang dikejar dapat direalisasikan dengan penuh bermakna serta mampu membentuk jati diri yang kukuh dalam menghadapi cabaran mendatang.
“Tapi kami tahu, Tasha boleh! Mommy dan Daddy sentiasa di sini, menyokongmu dengan sepenuh hati, mendoakan dari jauh dan sentiasa bersorak dalam diam.
“Perjalanan ini perlukan pengorbanan, komitmen sepenuhnya, disiplin dan usaha yang konsisten. Daddy sangat bangga denganmu, Tasha. Semoga impianmu untuk menjadi seorang atlet Olimpik satu hari nanti akan menjadi kenyataan,” jelasnya.
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah pada 10 Oktober 2010.
Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia dan putera bongsu Sheikh Muhammad.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
