BERITA anak angkasawan negara ditawarkan tempat di tiga buah sekolah berprestij mengujakan warga maya. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha menzahirkan kesyukuran anak sulungnya, Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 13, menerima tawaran melanjutkan persekolahan ke sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).

Dalam perkembangan terkini, bapa kepada tujuh cahaya mata itu membuat keputusan memilih KPPN yang menawarkan program pendidikan menengah untuk Bella. Ia adalah hasil daripada perbincangan dan solat istikharah.

Baca juga: Anak sulung bakal ke asrama, Dr Sheikh Muszaphar sayu. ‘Jaga solat, adab & diri, buat segalanya kerana ALLAH’

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar kongsi anak menangis, syukur ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC). ‘All the hard work paid off’

Baca juga: Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

“Pilihan sekolah untuk Bella. Apa yang menjadikan sebuah sekolah yang hebat? Guru-guru, kemudahan, persekitaran, kepimpinan, pendidikan berpusatkan pelajar, jangkaan tinggi, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang teguh dan sebagainya.

“Banyak sekolah hebat di luar sana dan setiap sekolah ada kelebihan tersendiri. Kecemelangan, prestasi dan sejarah yang terbukti.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Baca juga: ‘Cantik & tinggi Bella, ada lesung pipit.’ Terbang ke Universiti Oxford, penampilan anak sulung Dr Sheikh Muszaphar jadi perhatian!

Selepas berfikir dan berbincang serta solat istikharah, kami memilih Genius Permata Pintar (Kolej Permata Pintar Negara),” kongsinya.

Katanya lagi, ia didorong oleh persekitaran yang menggilap bakat dan kemampuan anaknya.

“Sekolah (KPPN) yang mencabar minda (Bella), bercampur dengan mereka yang cemerlang membuatnya menunjukkan potensi sebenarnya.

“Memilih sekolah yang betul penting tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada pelajar itu sendiri. Kami berharap ia adalah pilihan yang tepat untuk Bella,” titipnya lagi.

Warga maya mengucapkan tahniah buat Bella dan mendoakan agar beliau terus mengukir kecemerlangan.

– “Alhamdulillah. All the best. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Kita hanya merancang dan perancangan ALLAH SWT yang terbaik.”

– “Pilihan tepat dan terbaik. Diiringi restu kedua orang tua. Moga terus cemerlang. Kejayaan demi kejayaan bakal dicipta. A star in the making. Aamiin.”

– “Semoga Bella terus menjadi contoh untuk anak-anak di luar sana.”

– “All the best Bella. Keep fly high.”

Iklan
Pusat PERMATApintar Negara, UKM.

Untuk pengetahuan anda, Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPN UKM) merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk murid yang mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi.

Program itu dilaksanakan oleh UKM sejak Januari 2011 yang mana hanya terbuka kepada murid-murid terpilih menerusi proses ujian-ujian saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.

Ia menyepadukan pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna.

Suasana serta persekitaran sekolah turut dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan murid yang holistik dan menyeluruh

Iklan

Terdapat dua kampus bagi KPPN UKM iaitu Kampus Bangi di Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM yang menempatkan murid menengah tinggi manakala Kampus Seremban merupakan perluasan daripada Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM Kampus Bangi yang menempatkan murid menengah rendah (Asas 1, Asas 2 dan Asas 3).

Sesi pengajaran dan pembelajaran di PERMATApintar dijalankan secara pengajaran berpusatkan pelajar (student-oriented learning).

Murid yang menunjukkan prestasi yang baik dalam penilaian akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan pecutan kurikulum (Curriculum Acceleration).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!