AMALAN minum air jamu untuk menjaga kesihatan dan kecantikan telah lama diamalkan oleh datuk nenek kita.

Melalui amalan tersebut, kelebihan yang kita dapat adalah badan akan rasa lebih ringan dan awet muda.

Oleh itu, buat anda yang ingin mencuba untuk amalkan jamu, boleh cuba minum jamu homemade ini.

Bahan-bahan:
Halia
Daun pudina
2 batang serai
1 sudu kecil halia
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu

Cara penyediaan:
Rebus ke semua bahan dengan enam cawan air. Halia dan serai diketuk.

Masukkan beberapa helaian daun pudina dan rebus selama 10 minit.

Tapis airnya dan masukkan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan siap!

Iklan

Kegunaan jamu ini:

1. Jamu yang dibuat ini sesuai untuk lelaki, perempuan serta remaja. Lepas mengamalkan jamu ini rasa badan akan ringan dan sakit kepala berkurangan. Minum 1 cawan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

2. Selain dibuat jamu. air rebusan ini juga untuk meredakan masalah resdung. Hanya perlu steam muka dan sedut aroma daripada air rebusan.

Iklan

3. Selain itu boleh juga membuat air rendaman kaki untuk singkirkan toksin dengan menambah garam.

4. Untuk mandian pun boleh. Rebus air dalam baldi, tambah air bagi suam dan tambah 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir.

Sumber: Fb Sarifa Redzuan II
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif