Jangan bawa pulang penyakit ke kampung halaman. Pesanan padu Dr Malar yang perlu kita ambil berat

LAGU raya semakin rancak diputarkan di corong-corong radio.

Apa maknanya? Itu menunjukkan hari kemenangan untuk umat Islam semakin tiba.

Kalau diikutkan, hanya berbaki tiga hari sahaja lagi kita akan meraikan Syawal yang mulia setelah sebulan berpuasa.

Keterujaan bertemu sanak saudara sudah sangat dirasai. Betul tak?

Namun, ada satu perkara yang kami nak ingatkan.

Berayalah dalam keadaan sihat dan selamat, sama seperti yang disarankan oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan.

Beritahu Dr Malar, fasiliti kesihatan di seluruh negara kini semakin sesak kerana ramai rakyat yang tidak sihat dan dijangkiti pelbagai penyakit.

“Hospital seluruh Malaysia penuh, katil penuh, seorang keluar pukul 2 petang, kemudian pukul 2.05 petang seorang pesakit baharu pula masuk.

“Begitu juga pesakit yang sedang menunggu di unit kecemasan iaitu kira-kira 20 hingga 40 orang,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, Celoteh Dr Malar baru-baru.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Bagi menampung kesesakan tersebut, beliau berkata, klinik kesihatan pula terpaksa dibuka sehingga pada waktu malam.

“Batuk, demam, selesema, sakit tekak, muntah, cirit-birit dan muntah adalah antara penyakit yang menjangkiti ramai orang.

“Bukan itu sahaja, ada pesakit yang hadir ke hospital kerana denggi, tifoid, paras gula tinggi atau terlampau rendah, pengsan, bergaduh di rumah dan lain-lain sebab,” katanya.

Dos penggalak

Menyambung hujah, Dr Malar berkata, dengan mengelakkan diri daripada jatuh sakit, orang ramai tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

Tambah beliau, keutamaan menjaga kesihatan perlu diambil serius terutama ketika musim perayaan.

Masakan tidak, bilangan yang akan balik ke kampung meraikan hari raya memang tinggi.

Bukan itu sahaja, semua kaum juga akan mengambil kesempatan untuk memanfaatkan cuti perayaan dan cuti sekolah yang panjang dengan pergi bercuti atau balik menjenguk mak ayah.

Baca juga: Betul ke makan panadol boleh sakit buah pinggang? 7 info Dr Malar jelaskan kekeliruan

Baca juga: Ubat demam boleh atau tak simpan dalam peti sejuk? Dr Malar jelaskan kekeliruan

Soal pegawai perubatan itu: “Vaksin, booster dah ambil ke belum? Ubat-ubatan bagi penghidap darah tinggi dan kencing manis sudah disediakan untuk dibawa pulangkah?”

SUMBER Min An daripada PEXELS.

Sehubungan itu, Dr Malar mencadangkan agar semua orang mengambil perhatian beberapa aspek penjagaan kesihatan seperti berikut:

Iklan

1) Membawa bekalan ubat-ubatan yang perlu seperti ubat batuk, demam, selesema dan plaster untuk luka.

2) Mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak di klinik berdekatan.

3) Tangguhkan perjalanan pulang ke kampung sekiranya tidak sihat.

4) Sentiasa mengamalkan SOP Covid-19 iaitu memakai pelitup hidung dan mulut serta mencuci tangan.

Ujarnya lagi, negara sudah berdepan dengan ancaman virus bahaya Covid-19 beberapa tahun lalu dan kini tiada lagi arahan kuarantin atau Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasakan.

Oleh yang demikian, masyarakat dinasihatkan agar tidak membawa pulang penyakit ke kampung halaman.

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Covid-19 kini adalah virus endemik sama seperti denggi dan masih perlu berwaspada.

Iklan

Justeru, anda semua diingatkan untuk menjaga kesihatan dengan mengambil makanan sihat dan bersenam.

Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang supaya terhindar daripada penyakit.

Pastikan diri sihat dan selamat sebelum bertemu keluarga tersayang.

Selamat pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.