MASYARAKAT kita selalu mengaitkan keadaan cuaca yang tidak menentu boleh mengundang kepada masalah kesihatan terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak.

Kebelakangan ini pun perasan tak, biasa panas terik di sebelah pagi, tiba-tiba hujan lebat di sebelah petang?

Kadang tatkala cuaca membahang, bayi diletakkan di bilik yang ditempatkan pendingin hawa. Tak sedar, cuaca sudah bertukar hujan lebat pun, si kecil tetap dalam kondisi kedinginan itu.

Persoalannya, bolehkah bayi terutamanya dibiarkan dalam tempoh lama dalam tempat yang berhawa dingin?

Dr Zubaidi Ahmad yang berkongsi mengenainya tidak menolak, boleh meletakkan bayi dalam bilik berhawa dingin.

Namun pesannya, janganlah terlalu sejuk…

Beliau turut memberi ‘formula’ untuk menentukan suhu yang sesuai iaitu suhu di luar rumah ditolakkan dengan 5 darjah Celsius.

Itu membawa maksud, jika suhu persekitaran adalah 28 darjah Celsius, maka suhu yang sesuai untuk bilik yang menggunakan pendingin hawa adalah 23 darjah Celsius.

“Namun saya tidak menggalakkan penggunaan pendingin hawa terlalu lama.

Iklan

“Jika bilik terlalu panas, ibu bapa boleh membuka pendingin hawa untuk sementara, kemudian tutup. Gantikan dengan kipas untuk melancarkan pengudaraan dalam bilik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr Zubaidi turut mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan bayi berpeluh kerana ia bukanlah sesuatu yang baik.

“Bayi mungkin mengalami ruam yang teruk dan berpeluh banyak semasa tidur mungkin disebabkan oleh suhu bilik yang panas.

Iklan

“Bukalah kipas atau gunakan pendingin hawa untuk sementara waktu,” tulisnya lagi.

Jadi, buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, sentiasalah berwaspada dengan keselesaan bayi anda agar si kecil tidak terlalu sejuk. Begitu juga sebaliknya ya…