SEBELUM ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan semua orang tidak perlu memakai topeng muka, kecuali individu yang mempunyai simptom dan petugas kesihatan sahaja.

Namun begitu, baru-baru ini telah disiarkan artikel yang mengatakan WHO telah mengubah pendapatnya dan menyokong pemakaian topeng muka oleh semua orang.

Sekiranya tiada bekalan topeng muka yang mencukupi, topeng muka yang diperbuat daripada kain boleh turut membantu mengawal penularan wabak Covid-19 dari segi mengurangkan pendedahan terhadap titisan air liur (droplets).

Kongsi Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, kandungan topeng muka berfungsi untuk menapis bendasing-bendasing halus dan makhluk halus (seperti virus dan bakteria) daripada terlepas masuk ke hidung, tekak dan paru-paru, sekali gus memelihara daripada jangkitan Covid-19.

Terdapat juga bukti-bukti saintifik terbaru mengatakan bahawa topeng muka perlu dipakai oleh semua orang ketika wabak Covid-19 sedang merebak dengan meluasnya.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa pemakaian topeng muka oleh semua orang yang keluar rumah adalah antara faktor penyumbang kepada kejayaan negara-negara seperti Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Czechoslovakia dalam membendung wabak dan mengurangkan kematian.

Namun, topeng muka yang terbaik untuk orang awam adalah topeng muka tiga lapis.

Dalam masa yang sama, Centres for Disease Control and Prevention (CDC) turut mengesyorkan orang ramai untuk memakai penutup muka kain di tempat awam sebagai langkah-langkah menjauhkan sosial lain sukar untuk dipelihara (contohnya, kedai runcit dan farmasi), terutamanya dalam bidang penghantaran berasaskan masyarakat yang penting.

CDC juga menasihatkan penggunaan penutup muka kain yang mudah untuk melambatkan penyebaran virus itu dan membantu orang yang mungkin mempunyai virus dan tidak mengetahuinya daripada menghantarnya kepada orang lain.

Iklan

Penutup muka kain yang dibuat daripada barangan isi rumah atau dibuat di rumah daripada bahan biasa dengan kos rendah boleh digunakan sebagai tambahan dan langkah kesihatan awam.

Namun, ia tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak kecil di bawah umur 2 tahun, individu yang mengalami kesukaran bernafas atau tidak sedarkan diri dan mereka yang tidak mampu atau tidak dapat membuang topeng tanpa bantuan.

Iklan

Orang ramai juga diingatkan untuk membasuh secara rutin bergantung kepada kekerapan penggunaan dan memadai dengan menggunakan mesin basuh.

Pilihan di tangan anda, sama ada mahu memakai topeng muka atau tidak tetapi para petugas kesihatan dinasihati untuk memakai topeng muka setiap masa ketika bertugas dan berhadapan dengan pesakit kerana risiko mereka lebih tinggi dari orang biasa.

Petugas kesihatan yang melakukan prosedur melibatkan aerosol perlulah memakai topeng muka N95.