MENGHAMPIRI insan seni bernama Datuk Amy Search yang cukup luar biasa kehebatannya di pentas sememangnya satu peluang yang cukup bermakna buat penulis.

Secara lahiriah, beliau seorang yang cukup bersahaja, lemah lembut dan peramah orangnya.

Amy yang juga bapa kepada pelakon terkenal, Nabila Huda tidak lokek tatkala diminta untuk berkongsi tip kebahagiaan rumah tangganya dengan Datin Nourish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan.

Baca ni ‘Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.’ Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

amy search

 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 20; Sania Samara, 19; dan Qaqa At-Tameemi, 15.

Amy juga mempunyai dua lagi anak, Nabila Huda hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra menerusi perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Akui pelakon filem Kembara Seniman Jalanan dan Fenomena itu, persefahaman antara suami isteri bukanlah boleh dibina dalam masa yang singkat, sebaliknya memerlukan masa yang lama.

“Jangan cerewet, jadi ‘sesimple’ yang boleh. Ringkas itu sederhana. Justeru, persefahaman dalam sesebuah rumah tangga bukan mengambil masa dua tiga bulan, tetapi memakan masa yang panjang.

“Sebab itu ALLAH beri kamu jodoh yang betul. Gembira dengan apa apa jua dugaan yang anda lalui, ia akan memberi kebahagiaan yang tersendiri. Oleh itu, berbesar hati dan bersyukur selalu,” ungkap ayah kepada lima anak itu dengan ringkas, namun penuh bermakna.

Baca lagi ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

amy

CHILL& RELAKS

Ditanya bagaimana cara beliau menangani situasi sekiranya berlaku perselisihan faham dengan isterinya, Norish, ini jawapan tuan punya badan.

“Saya hanya berdiam diri dan jika sama-sama tegang tiada kesudahan dan terus berpanjangan. Benda kecil akhirnya semakin besar yang membawa kepada perang dunia ketiga. Sebaiknya, chill dan relaks sahaja,” ujar Amy sambil tertawa.

Tidak meletakkan limit sehingga mana akan terus berkarya, kata tuan punya badan, segalanya ditentukan oleh YANG MAHA ESA.

 

“Berada di landasan seni bukan sesuatu yang dirancang. Demikian juga dengan penghujung kerjaya. ALLAH yang menentukan noktah ataupun kita hanya tunggu momen itu tiba.

“Jika bersara, saya teringin tinggal di sebuah rumah kecil di tepi pantai, minum kopi sambil menikmati keindahan lautan di pantai,” ujarnya lagi.

Baca ni Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasi

amy

CARI BAHAGIA SENDIRI

Iklan

Sebelum itu, penyanyi lagenda rock tanah air tersebut memuat naik luahan hati mengenai anak lelakinya. Hantaran yang dibuat menerusi media sosial itu nyata meraih perhatian ramai.

“Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitu lah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.

“Begitulah daddy dahulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana,” ungkap Amy penuh makna.

Baca lagi ‘Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.’ Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

amy

Pada masa sama, pemilik nama asal Suhaimi Abddul tidak lupa menitipkan doa untuk kebahagian anak-anak serta cucunya.

“Percaya diri sendiri dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada ALLAH SWT sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.

Iklan

amy

Baca ni ‘Selesa baju berlubang, seluar 5 tahun tak bertukar.’ Kareena Kapoor dedah sisi sebenar peribadi suami

 

“Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik,” tulis beliau lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang