Jangan guna sabun untuk elak keputihan. Bahaya!

No Image Caption
A
A
A

KEPUTIHAN adalah masalah yang sering melanda kaum wanita. Penyebab utama dikenal pasti adalah disebabkan oleh kulat candida albicans.

Keputihan yg disebabkan oleh kulat berkenaan dinamakan sebagai vulvovaginal candidiasis.

Masalah itu kerap berlaku pada gadis dan wanita dewasa. Gejala-gejala yang biasa dilaporkan adalah seperti kemaluan berasa teramat gatal, kadang-kadang bahagian luar kemaluan kemerah-merahan dan cairan kemaluan faraj banyak berketul-ketul berwarna putih menyerupai susu basi.

Menurut Dr Muhammad Izzat menerusi Twitternya turut berkongsi ada juga yang melaporkan semasa hubungan kelamin berasa tidak selesa dan sakit.

Katanya, candida albicans adalah kulat yang normal berada dalam alat kelamin wanita dan selalunya tidaklah menimbulkan masalah.

"Gangguan hanya akan ada jika berlaku ketidakseimbangan populasi flora dalam vagina, menyebabkan pertumbuhan kulat itu menjadi terlampau banyak dan menimbulkan masalah pula," tulisnya.

Apa yang boleh mengganggu ekosistem dalam vagina?

i) Membasuh vagina dengan pencuci feminin/wanita

ii) Membasuh vagina dengan sabun secara berlebihan.

iii) Pengambilan antibiotik secara berlebihan ( antibiotik yang tak perlu diberikan )

iv) Kencing manis

v) Stres

vi) Kehamilan atau datang haid

vii) Vaginal douching (meruang)

"Apabila berlakunya perubahan pH pada bahagian faraj, ia sekali gus menyebabkan perubahan flora pada vagina,".

Jadi, apakah rawatannya?

Mengulas mengenai tu, Dr Muhammad Izzat berkongsi beberapa cara. Antaranya:

1. Ubat antikulat iaitu ubat dimasukkan ke dalam faraj ( vaginal pessary )

2. Jangan guna pencuci feminin atau wanita

3. Jangan guna sabun pada bahagian faraj

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca