Jangan lupa jaga kesihatan kaki

No Image Caption
A
A
A

SELAIN daripada penjagaan kulit wajah, penjagaan kaki juga penting.

Mengabaikan kaki boleh menyebabkan impak yang menyakitkan termasuk jangkitan bakteria atau kulat, kulit retak dan berbau dan lain-lain.

Jadi, lebih elok menjaga kaki anda daripada menerima padahnya yang agak sukar untuk disembuh jika sesuatu terjadi.

1. Pelembab

Jangan hadkan rutin pelembab anda hanya pada muka dan tangan anda sahaja. Kekurangan kelembapan boleh menyebabkan kulit anda kering dan bersisik. Pakar penjagaan kaki mengesyorkan penggunaan krim berasaskan minyak dua kali sehari. Lebih baik lakukannya selepas mandi atau pedicure.

2. Guna air rebusan teh untuk menangani kaki berbau

Kadang-kadang anda berpeluh terlalu banyak atau tidak mempunyai peluang untuk menukar kasut anda setiap hari. Itu boleh menghasilkan bau yang kuat. Untuk melawan bau yang berterusan, masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air dalam periuk. Rebus selama 15 minit.

Masukkan dua jag air sejuk dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari dalam seminggu. Asid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria.

3. Pakai stokin yang sesuai

Sebaiknya pakai stokin yang diperbuat daripada nilon dan kapas. Stokin yang ringan membolehkan kaki anda bernafas. Jika anda seorang yang kuat berpeluh terutamanya di bahagian kaki, anda digalakkan untuk membawa extra stokin dalam beg. Mudah untuk anda menukar stokin apabila berpeluh dengan banyak.

4. Memakai kasut yang selesa

Elakkan memakai kasut yang ketat kerana ini boleh menyebabkan jangkitan kulit atau luka. Elakkan juga memakai tumit tinggi dengan kerap kerana ini boleh menyebabkan kekakuan pada sendi, sakit kaki, dan juga pada pergelangan kaki dan kerosakan kaki.

5. Makan dengan betul dan kawal berat badan anda

Mana-mana bahagian badan anda, kaki anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan dan minum. Jika anda mengalami bengkak, elakkan daripada produk masin tetapi masukkan lebih banyak protein dalam diet anda. Secara umumnya, ingat bahawa semua tekanan badan anda jatuh pada kaki anda.

Berlebihan berat badan boleh menyebabkan sakit kaki. Juga, saintis berpendapat bahawa lemak boleh menjadi sebab yang berpotensi untuk keradangan tisu kaki.

Selain daripada penjagaan kebersihan kaki, anda juga perlu titikberatkan kebersihan kasut dan selipar anda. Semoga anda berjaya menjaga kaki anda!

FOTO: UNSPLASH

PENULIS: NURUL ADRIANA AMIR

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca