Jangan main pakai sahaja, kena tahu pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda

Jangan main pakai sahaja, kena tahu pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda
Jangan main pakai sahaja, kena tahu pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda
A
A
A

ADA yang menganggap pemilihan pencuci muka tidak penting, asalkan ia dapat membersihkan sahaja sudah mencukupi.

Namun, tahukah anda pemilihan pencuci muka yang betul dan sesuai dengan jenis kulit amat penting agar proses penjagaan kulit selepas langkah mencuci dapat menyerap sempurna ke dalam kulit muka.

Bagaimana ingin memilih pencuci muka yang betul?

Pertama sekali, mencuci muka adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit muka. Mencuci muka adalah untuk membuang segala kotoran daripada tersumbat pada liang pori yang akan menyebabkan tumbuhnya jerawat.

Terdapat banyak pencuci muka yang berada di pasaran. Antaranya berbentuk cecair sabun, berbuih, gel, krim dan minyak.

Bagaimana ingin memilih pencuci yang sesuai dengan kulit muka ya?

Bagi anda yang berkulit sensitif berjerawat disarankan menggunakan produk pencuci muka berbentuk gel dan tidak berbuih. Ini kerana tekstur gel ini tidak mengeringkan kulit dapat menyerap lebihan minyak dan membuang kotoran agar tidak tersumbat pada liang pori. Jenis pencuci ini juga sesuai untuk kulit normal dan kombinasi.

Manakala bagi anda yang kulit kering dan sensitif pula boleh menggunakan pencuci muka berasaskan minyak. Pencuci yang bertekstur minyak ini bertindak secara minyak menarik minyak. Ia juga mampu menyerap kotoran tanpa mengeringkan kulit di samping memberi nutrien pada kulit.

Selain itu, untuk anda yang kulit kering dan sensitif juga sesuai untuk menggunakan pencuci muka yang bertekstur krim. Ini kerana ia bertekstur pekat yang mampu menyingkirkan kotoran tanpa menyingkirkan minyak semula jadi.

Bagi kulit berminyak dan kombinasi boleh juga menggunakan pencuci yang berbuih kerana ia mampu menyingkirkan minyak namun ia agak mengeringkan kulit. Jadi sekiranya kulit anda memang menghasilkan banyak minyak boleh menggunakan pencuci jenis buih ini.

Jadi inilah antara jenis pencuci muka yang Sinarplus kongsikan. Pastikan anda memilih pencuci muka yang betul agar kulit muka kekal sihat.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: rubiahkadir.com dan unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca