Jenis-jenis cili kering yang patut anda tahu

A
A
A

MESTI ada yang ingat semua cili kering sama saja. Saat pergi kedai hanya meminta cili kering tanpa bersoal jawab panjang.

Namun begitu, sebenarnya cili kering ini ada beberapa jenis dan mempunyai nama yang tersendiri.

Jom kita ketahui jenis-jenis cili kering yang sesuai untuk digunakan dalam masakan anda.

1. Cili kering berkilat

Cili kilat

Senang saja kalau kita hendak kenal sifat bagi cili kering berkilat ini kerana ia lurus, berkilat, banyak biji, tidak bertangkai dan warna merah menyala.

Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk didapati di mana-mana kedai kerana harganya yang murah. Cili kering jenis berkilat ini tak sesuai untuk masakan panas.

2. Cili kering gemuk

Cili gemuk

Cili kering jenis ini pula sifatnya gemuk, kurang biji dan berwarna merah kehitaman.

Cili kering jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk dimasak sambal nasi lemak. Cili ini kebiasaannya kita akan jumpa di bahagian Pantai Timur.

3. Cili kering paprika

Cili paprika

Cili kering paprika ini mempunyai sifat yang lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan berwarna merah menyala.

Lazimnya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk dan amat sesuai digunakan untuk masak kari dan tomyam.

4. Cili kering kerinting

Cili kerinting

Cili kering ini berkedut dan kecut, bertangkai, banyak biji dan warnanya merah gelap. Cili kering inilah yang sering kita guna.

Ia senang untuk didapati kerana murah dan dijual di pasaraya. Cili ini kurang pedas berbanding dengan cili kering berkilat.

Cili kering kerinting ini memang sesuai untuk semua jenis masakan.

Sekarang kita dah tahu cili kering yang mana yang sesuai untuk masakan? Bolehlah pilih mengikut cita rasa anda.

Sumber: FB resipi rahsia, myresipi

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca