Jom buat kek Pandan Cheese Leleh tanpa guna oven

No Image Caption
A
A
A

TIBA-TIBA pula datang mood nak buat kek hari ni tapi bosan pula asyik buat kek coklat. Jangan risau. Kali ini Sinarplus kongsikan resipi kek pandan cheese leleh. Mudah sahaja tanpa guna oven, hanya kukus sahaja. Jom buat!

Bahan-bahan (1 kek bulat):

1 cawan gula

3 biji telur

1 sudu besar ovelatte

1/2 cawan setengah masak

1/2 cawan susu cair

1/2 penutup pewarna hijau

1 penutup besar perisa pandan

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1. Pukul telur dan ovelatte sehingga gebu dan berwarna putih

2. Masukkan minyak masak, susu cari, pewarna hijau dan perisa pandan. pukul sehingga sebati

3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sekejap

4. Matikan mixer dan kaup bahan campuran itu

5. Alas loyang dan masukkan campuran kek tadi

6. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum masukkan kek. Balut penutup pengukus dengan kain bersih kerana tak nak air menitik akan merosakkan kek.

Bahan Cream Cheese Leleh (topping)

250g cream cheese Tatura

Suku cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara:

1.Campurkan kesemua bahan itu dan pukul hingga gebu

Cara menghias:

1. Apabila kek sudah siap dikukus, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk

2. Keluarkan kek daripada loyang dan letakkan di atas pinggan atau tempat kek

3. Tuangkan cream cheese dan taburkan parutan keju cheddar di atasnya.

Siap! Kini boleh dinikmati bersama orang tersayang. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: rasa dan finas_kitchen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca