BUAT penggemar roti mesti kecewa apabila setiap kali ke kedai runcit stok asyik habis. Lebih-lebih lagi dalam tempoh kawalan pergerakan sekarang permintaan roti semakin meningkat.

Tapi jangan risau kerana anda boleh buat roti di rumah. Hanya guna enam bahan sahaja. Wow!

Bahan-bahan:
– 4 cawan tepung gandum
– 5 sudu makan minyak
– Satu sudu makan garam
– Empat sudu makan serbuk penaik
– 1/2 cawan gula
– 4 cawan air suam

Cara-cara:

1) Sediakan sebuah bekas besar dan masukkan empat cawan air suam.

2) Kemudian, masukkan setengah cawan gula. Kacau gula itu sehingga sebati.

3) Selepas itu, tambahkan empat sudu makan serbuk penaik. Biarkan ia lebih kurang 10 minit untuk campuran tadi kembang.

4) Lalu, masukkan pula satu sudu makan garam dan lima sudu makan minyak. Boleh gunakan minyak sayuran untuk rasa roti yang lebih enak.

5) Kacau sebelum masukkan tepung gandum. Langkah untuk masukkan tepung gandum adalah secara berperingkat iaitu setiap satu cawan dan kacau. Ulang sehingga selesai empat cawan tepung gandum.

6) Langkah ini adalah untuk memastikan campuran semua bahan larut dengan sempurna ke dalam tepung.

7) Apabila tepung telah dimasukkan, kacau sebati sehingga mendapat adunan sempurna. Boleh tambahkan tepung jika adunan tadi kurang cantik dan uli dengan mengunakan tangan.

resipi roti

8) Cara untuk tahu adunan itu sempurna ialah apabila anda uli, adunan itu tidak melekit. Tambahkan tepung jika ia melekit.

9) Selain itu, uli adunan itu dengan cara tolak ke depan dan tarik ke belakang. Ulang beberapa kali langkah ini sehingga hilang rasa melekit pada adunan itu.

10) Setelah siap adunan, letakkan sedikit minyak ke dalam bekas dan masukkan adunan itu.

11) Kemudian, tutup bekas dengan plastik makanan (plastic wrap) dan lapiskan dengan tuala kecil atau sapu tangan.

12) Biarkan ia selama 30 minit dan doh akan kembang dua atau tiga kali ganda saiz asal. Sementara itu, anda boleh sediakan bekas loyang yang disapu mentaga.

Iklan

13) Apabila adunan tadi sudah kembang dengan sempurna, keluarkan lalu tambahkan sedikit tepung di permukaan adunan sebelum masuk ke dalam bekas loyang.

resipi roti

14) Untuk mendapatkan tekstur roti yang cantik lenyek adunan dan gulungkan bagi mengurangkan bubble pada roti nanti.

15) Setelah itu, agihkan adunan kepada beberapa bahagian mengikut saiz loyang. Pastikan saiz adunan adalah kecil daripada saiz loyang.

16) Selepas itu, loyang tadi akan ditutup dengan plastik makanan dan lapiskan dengan tuala kecil. Biarkan selama 15 ke 30 minit untuk adunan tadi kembang dengan sempurna di dalam loyang.

Iklan

17) Kini ia sedia untuk dibakar. Masukkan loyang tadi ke dalam ketuhar yang masih sejuk dan bakar selama 25 minit dengan suhu 375 darjah Celsius.

resipi roti

Apabila roti siap dibakar anda boleh sapukan sedikit mentega pada permukaan kerak roti agar lebih kelihatan cantik dan sedap untuk dimakan.

Jadi inilah cara membuat roti di rumah dengan hanya menggunakan enam bahan. Rasanya amat sedap dan lembut sekali. Selepas ni bolehlah menikmati roti bersama keluarga. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali