MEMILIKI anak perempuan merupakan idaman semua wanita kerana sudah pasti akan jatuh cinta dengan teletah mereka yang comel.

Majoriti ibu yang mempunyai anak perempuan pasti tidak sabar menunggu puteri kecil kesayangan membesar supaya dapat menggayakan rambut mereka.

Justeru, sepanjang tempoh 14 hari di rumah Sinar Plus kongsikan 10 gaya rambut yang mudah dan cute untuk digayakan pada helaian rambut anak perempuan.

1. Rambut poni (bangs) kerinting digayakan dengan bandana

Gaya rambut ini boleh didandani oleh anak perempuan yang mempunyai gaya rambut ombak ataupun ikal mayang.

Bagi mereka yang berambut pendek tetapi ingin membuat gaya rambut seperti ini adalah sesuai sekiranya dipotong mengikut potongan ala bob atau potongan rambut mengikut garis rahang muka.

Rambut poni dibuat sedikit terjuntai ke bawah kemudian ditarik ke atas kepala.

Setelah itu, pakaikan bandana di kepala supaya rambut poni kerinting tadi tidak mudah rosak.

rambut cute
DARI KIRI: Stail rambut poni bersama bandana, braid ala Perancis dan Crown Braid yang mudah dilakukan di rumah.

2. Rambut braid-up ala Perancis

Gaya rambut braid up ala perancis ini sesuai bagi mereka yang memiliki rambut pendek paras bahu.

Dendan dilakukan kedua bahagian rambut dan kemudian disatukan pada belakang rambut. Gaya rambut ini memberikan gambaran gaya seperti orang Perancis pada abad ke-18.

3. Crown Braid

Gaya rambut ini memang sesuai untuk mereka yang berambut panjang.

Rambut ditocang kecil di bahgian atas dan ditarik kebelakang supaya kelihatan seperti mahkota.

rambut cute
RAMBUT  tocang kecil, bun dan stail tocang kuda membuatkan penampilan anak-anak tampak kemas.

4. Tocang kecil

Gaya rambut ini sesuai bagi mereka yang mempunyai rambut panjang atau rambut pendek.

Rambut dibelah tengah dan ditocang kebelakang dibelah kanan dan kiri.

Kemudian boleh diikat dengah getah rambut comel dan warna-warni atau ditambahkan sepit rambut yang comel

5. Bun ringkas

Bun yang di ikat di sebelah kanan atau kiri mengikut keselesaan puteri kecil anda.

Boleh menggunakan sepit rambut untuk mengemas rambut yang terkeluar supaya lebih teratur.

6. Gaya rambut tocang kuda

Rambut disikat kemas kemudian di ikat tocang sama ada bahagian kiri atau kanan

rambut
TANPA menggunakan aksesori berlebihan rambut puteri kesayangan tetap kelihatan cantik selepas didandan.

7. Tocang Belanda

Iklan

Membuat dandanan tocang daripada bahagian depan sebelah kanan kepala dan di toncang sehinggan ke hujung rambut kemudian di ikat dengan getah rambut atau reben

8. Gaya rambut pemutar skru

Rambut di tarik kebelakang dan dibahagi tengah kemudian dipusing secara putaran dan di ikat mengikut keselesaan.

Gaya rambut seperti ini cukup mudah dan cantik buat si kecil.

9. Gaya rambut double-twist

Rambut disikat disebelah kiri dan kanan menggunakan sikat yang mempunyai gigi halus.

Bahagikan tengah rambut di kiri dan kanan.

Di bahagian rambut hadapan ambil sedikit dan diputar mengikut arah lawan jam secara perlahan-lahan.

Iklan

Langkah ini dibuat di dua-dua belah bahagian rambut kemudian disepit menggunakan sepit rambut.

Gaya rambut ini sangat ringkas untuk dilakukan setiap hari.

10. Fishtail braid

Rambut disikat ke belakang dan ditocang dari atas hingga kebawah di atas kepala kemudian diikat menggunakan getah rambut. Kemas dan ringkas.

rambut
RAMBUT gaya Fishtail braid

Mudah bukan untuk para ibu gayakan puteri kecil. Boleh buat sendiri di rumah sahaja.  Jom cuba hari ini!

Sumber dan foto:

https://hairstylecamp.com, https://www.latest-hairstyles.com/, https://palomasalon.net