Buat masker sendiri cantikkan kulit di rumah

rawat wajah
rawat wajah
A
A
A

SETIAP wanita pasti mengimpikan kulit cantik. Kulit yang sihat membantu memberikan aura dan mood positif dalam diri seseorang.

Ketika negara sedang mengalami krisis wabak Covid-19 sehingga menyebabkan kita tidak berpeluang ke spa, jangan bimbang. Anda masih boleh menjalani rawatan kulit wajah di rumah menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Daripada membelanjakan wang membeli produk berasaskan bahan kimia atau topeng mahal adalah lebih baik mencuba remedi mudah di kamar peribadi.

Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula kemudian digaul selama 30 saat supaya sebati. Sapu rata pada bahagian kulit wajah, leher dan pergelangan tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat mengikut arah lawan jam dan biarkan selama 10 minit. Jangan terlalu lama dibiarkan di muka kerana nanti kulit boleh menjadi kering. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit berseri.

rawat wajahMadu bertindak memberikan kelembapan pada kulit wajah.  Foto: Unsplash

Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian wajah. Biarkan ia kering di muka kemudian bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak memberikan kelembapan pada kulit supaya kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semula jadi pada wajah.

rawat wajahKulit berminyak dapat diatasi dengan masker berasaskan tomato.  Foto: Unsplash

Tomato

Masker dengan menggunakan sayur tomato ini adalah baik pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Caranya dengan menghancurkan sebiji buah tomato dan sapu pada seluruh wajah dan bahagian leher. Biarkan selama 15 minit sehingga kering, kemudian bilas muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Lakukan masker ini setiap hari untuk mengurangkan kulit muka berminyak.

 

rawat wajahKunyit membantu hilangkan tompok dan parut pada kulit wajah. Foto: Unsplash

Kunyit & Jus Nanas

Gaul satu sudu teh sebuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Cuci muka terlebih dahulu kemudian sapu pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia kering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulang remedi ini 2 atau 3 kali seminggu untuk menghilangkan tompok hitam dan parut pada wajah.

rawat wajahRemedi menggunakan timun membuatkan kulit wajah mulus.  Foto: Unsplash

Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Pakai masker ini sebelum anda tidur dan biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan remedi ini setiap hari untuk memiliki kulit yang mulus.

Selepas ini anda boleh memiliki wajah yang cantik dan berseri dari rumah je dengan menggunakan perkongsian tip di atas.

Jom cuba masker di rumah hari ini!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca