‘Jumlah air yang tubuh perlukan setiap hari bukan 2 liter, 3 liter atau lapan gelas,’. Dr Malar kongsi jumlah sebenar air perlu diminum
SEJAK kecil kita diajar supaya minum banyak air.
Ia baik untuk penghadaman dan membantu seseorang untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Pun begitu, berapa banyak jumlah air yang perlu diminum seseorang dalam sehari?
Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan menjawab persoalan tersebut menerusi satu rakaman video baru-baru ini.
“Sebenarnya jumlah air yang tubuh anda perlukan setiap hari bukan 2 liter (L), bukan 3L, bukan lapan gelas,” katanya menerusi video yang muat naik di akaun TikTok miliknya, CelotehDrMalar.
Menurut Dr Malar, kuantiti cecair yang seseorang itu perlu minum adalah berdasarkan formula pengiraan berat badan dalam kilogram (kg) dan didarabkan dengan 0.03.
MINERAL
Selain daripada air, tubuh manusia juga memerlukan beberapa mineral untuk organ dan otot dalam tubuh kita.
Orang ramai bagaimanapun sering terlepas pandang tentang keperluan mineral zat besi dan zink.
Jelasnya, individu yang mengalami kekurangan kedua-dua mineral tersebut berkemungkinan untuk mengalami anemia, keguguran rambut, kuku rapuh dan juga kulit yang kusam.
"Saya tak sarankan anda ambil suplemen zink atau zat besi. Melainkan doktor yang prescribe," ujarnya.
Sebaliknya, beliau menyarankan orang ramai untuk mendapatkan mineral tersebut secara semula jadi melalui makanan seperti daging, ayam, telur, sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Baca juga: Beras mana yang paling sihat? Beras putih, perang, parboiled atau basmati. Ini jawapan Dr Malar
Seterusnya, mineral lain yang diperlukan badan adalah magnesium.
Kata Dr Malar, seseorang itu memerlukan sekurang-kurangnya 300 hingga 400 miligram (mg) magnesium setiap hari.
Sekali lagi doktor itu tidak menyarankan orang ramai untuk mengambil supplemen.
Beliau telah menyenaraikan beberapa makanan yang boleh diambil untuk mendapatkan mineral itu.
Antaranya adalah dark chocolate, peanut butter dan juga kacang badam.
Seseorang yang kekurangan magnesium akan selalu rasa sakit-sakit urat, tarik-tarik dekat betis, sukar tidur malam atau insomnia dan kesakitan semasa haid.
Beliau turut memberitahu bahawa orang ramai juga memerlukan silika yang merupakan mineral penting untuk pembinaan kolagen.
Adakah mereka yang sudah makan kolegen masih perlu mengambil silika?
Ujarnya, kolagen dianggap sebagai tulang rangka dan silika adalah sebuah komponen yang menguatkan rangka kolagen dan juga memberi keanjalan.
“Silika penting untuk kesihatan tulang, sendi, kulit, rambut dan juga kuku yang kukuh.“Jadi, pastikan ambil jumlah silika yang cukup setiap hari sama ada daripada makanan ataupun minuman,” tuturnya.
Mineral tersebut disarankan untuk diambil kira-kira 10 hingga 25mg sehari.
Ujarnya, silika boleh didapati di dalam air mineral atau sumber makanan seperti pisang, beras perang dan kacang hijau.
Justeru, bagi memastikan tubuh badan yang sihat, seseorang perlu minum air secukupnya dan memastikan pengambilan mineral-mineral berkenaan setiap hari.
“Sekali lagi saya tak sarankan ambil suplemen, sebaiknya kita boleh ambil sumber-sumber ini melalui makanan atau minuman semula jadi,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang