Anak kerap gosok mata undang risiko, Dr Malar kongsi bahaya pada kornea yang perlu ibu bapa ambil tahu

KANAK-KANAK zaman sekarang lebih banyak menonton televisyen dan gajet.

Duduk lama menghadap skrin membuatkan si kecil kurang mengelipkan mata.

Situasi tersebut membuatkan pancaindera itu menjadi tidak selesa.

Menerusi klip video oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan, kanak-kanak cenderung untuk menggosok mata selepas terlalu lama menghadap skrin.

Kongsi beliau, kajian menunjukkan seseorang akan mengerdipkan mata lebih kurang 17 kali dalam satu minit.

 

“Apabila kita melihat telefon atau televisyen, kita hanya kelip mata lebih kurang empat hingga lima kali sahaja seminit.

“Jadi apabila kelipan mata berkurang, mata akan rasa berpasir, kering dan penat,” katanya menerusi satu klip video di TikTok.

Baca juga:Gerunnya! Dr Malar dedah komplikasi teruk akibat tak makan ubat darah tinggi, ramai pula share pengalaman sama ahli keluarga

MENCEDERAKAN KORNEA

Apabila berlaku situasi tersebut, kanak-kanak akan mula menggosok mata dan tindakan tersebut boleh merosakkan atau mencederakan lapisan kornea.

Kata Dr Malar, permukaan lapisan tersebut adalah rata, licin dan agak tebal.

Pun demikian, sekiranya sering digosok, permukaannya akan menjadi herot-berot dan lama kelamaan, lapisan organ itu akan menjadi terlampau nipis dan menonjol ke hadapan.

Baca juga: Beras mana yang paling sihat? Beras putih, perang, parboiled atau basmati. Ini jawapan Dr Malar

Situasi kornea yang rosak itu dikenali sebagai keratokonus.

“Orang yang ada keratokonus ni akan mendapat rabun, silau yang terlampau tinggi dan tidak dapat dibetulkan dengan cermin mata biasa.

“Ia memerlukan kanta lain dan seksa lah hidup sebenarnya,” tuturnya.

Tambah beliau, mereka yang mengalami keratokonus lazimnya sukar untuk menyertai badan beruniform seperti polis atau tentera.

Baca juga: Jantung tersumbat, Dr Malar terang bagaimana prosedur angiogram dan angioplasty dilakukan

Iklan

UBAT TITIS MATA

Oleh itu, beliau meminta ibu ayah supaya memantau anak masing-masing.

Sebagai ibu, beliau faham dan akui anak-anak gemar menonton televisyen dan telefon lebih kerap daripada biasa terutama ketika waktu cuti.

Justeru, Dr Malar mencadangkan supaya penjaga mendapatkan ubat titis bagi mengurangkan mata kering dan berpasir.

Ujarnya, ia boleh didapati di mana-mana farmasi.

Iklan

Dr Malar turut mengesyorkan ibu bapa supaya mengurangkan masa anak-anak menghadap skrin sekiranya mereka terlalu kerap menggosok mata.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang dewasa juga boleh mendapat komplikasi serupa jika terlalu lama menggunakan gajet dan digalakkan menggunakan ubat sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!