'Kalau gaduh dengan bini, tidur dekat lobi jer.' Hias koridor rumah ala hotel, semangat kejiranan penghuni PPR raih pujian!
SEBUT sahaja kawasan perumahan jenis Program Perumahan Rakyat (PPR), rata-rata akan terbayang masalah yang sering dihadapi penduduk.
Lif rosak, longgokan sampah di merata tempat, bau busuk, bangunan usang dan pelbagai kemelut lain yang sering menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.
Namun, disebabkan tiada pilihan, mahu tak mahu terpaksalah juga 'menghadap' situasi tersebut.
Semuanya disebabkan mentaliti dan sikap segelintir msyarakat di perumahan yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Sebagai contohnya, tabiat mencampak sampah terus ke bawah bukan sahaja menyebabkan sampah bertaburan sana-sini.
Malah, boleh mengundang bahaya kepada penduduk lain.
Sebenarnya, jika semua orang punya sikap prihatin dan tahu menjaga kebersihan, pasti masalah sebegitu tidak akan berlaku.
Contoh yang SinarPlus ingin kongsikan adalah satu kawasan perumahan PPR yang terletak di Taman Sri Serigai Putatan, Sabah.
Kagum admin melihat dinding koridor setiap aras terhias indah dan kemas teratur.
MACAM BILIK BERSALIN
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Facebook Tynie Nih.
Beliau memuji sikap penduduk PPR berkenaan yang saling bekerjasama dan menghias setiap ruang dengan begitu cantik.
"Siapa cakap kawasan perumahan murah kotor. Tengoklah semua rumah PPR di Taman Sri Serigai Putatan ini.
"Kata iparku, tangga pun takut nak pijak. Terpaksa menggelongsor di besi sahaja," seloroh Tynie Nih.
Setiap aras dihias mengikut tema tertentu. Malah, katanya, ada yang kelihatan seperti dalam wad yang bertemakan merah jambu.
Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!
"Adik saya cakap boleh juga buka spa kuku. Malah, ada ruang yang macam bilik bersalin. Wad kanak-kanak sahaja tak ada.
"Semangat kejiranan beginilah yang kita mahukan. Untuk makluman, ini baharu blok C. Belum lagi tengok blok A, B dan D," tulisnya kagum.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warga maya.
Ada yang memuji akan tahap kebersihan dan kreativiti penduduk di situ.
Bahkan, ada yang turut meletakkan barangan hiasan seperti sofa dan aksesori di dinding untuk mencantikkan lagi ruang berkenaan.
Berikut beberapa komen yang Sinarplus ingin kongsikan:
'Pertama kali saya lihat perumahan dihias begini cantik. Tahniah semua.'
'Cantik. Tahniah untuk penduduk, tapi kena rujuk bomba juga. Jangan sampai hiasan atau perabot menghalang laluan atau pintu kecemasan. Kalau boleh bukan setakat cantik tapi selamat.'
'Tahniah. Semoga berkekalan dan anak-anak semua bersopan tidak merosakkan ruang.'
'Cantik dan kemas. Bagus hubungan komuniti di PPR ni. Semua hiasan dan perabot mungkin sekadar hiasan sementara musim perayaan ni. Untuk keselamatan penduduk, pastikan ruang akses untuk peralatan kebombaan, pintu ruang servis dan laluan atau tangga kecemasan dikosongkan. Papan tanda pada semua ruang servis jangan ditutup. Akhir kata, boleh kah kami datang beraya nanti?'
'Inilah dinamakan muafakat membawa berkat.'
'Kalau gaduh dengan Bini.Boleh lah tidur dekat Lobi je.'
Sumber: Facebook Tynie Nih
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang