Kalau ke KFC, kena cuba kerepek kentang istimewa Lay’s x KFC Hot & Spicy. Memang best

feature- kfc lays
feature- kfc lays
A
A
A

KFC dan Lay's baru-baru ini berganding bahu dengan memperkenalkan rasa ayam goreng dalam bentuk kerepek kentang yang pertama kali seumpamanya di negara ini.

Hidangan Lay’s x KFC Hot & Spicy boleh didapati secara berasingan atau dengan kombo burger bermula 28 April lalu dan Kombo Bucket bermula 10 Mei lalu.

Produk berkenaan juga boleh dibeli berasingan pada harga RM5.49.

Menurut Pengarah Komersial Pepsico Malaysia & Indonesia, Aditya Ahuja, beliau berbangga apabila Lay's membawakan inovasi unik yang sesuai dengan cita rasa tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama secara kreatif dengan jenama-jenama yang membawakan ciptaan yang luar biasa.

Sebagai tambah nilai, orang ramai dipelawan menyertai cabaran Crispy Chip Tongue Twister untuk peluang memenangi hadiah Lay’s x KFC.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/LaysMalaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca