Kari ikan sardin sedap, resipi ini tak rasa muak

A
A
A

TERASA nak makan kari, tapi nak masak ringkas dan cepat. Ha, inilah masanya! Mesti kat rumah korang simpan stok sardin kan?

Semua pun macam tu, sardin adalah lauk atau menu 'emergency' ketika stok lauk habis atau ketika kesuntukan masa.

Jika biasanya kita gunakan sardin untuk buat sandwich, inti karipap, nasi goreng dan masak lemak, kali ini kita cuba buat kari pula.

Selain senang dan cepat untuk dimasak, kari sardin mengikut resipi ini tidak merasa muak.

Bolehlah dinikmati bersama nasi putih, telur dadar dan ulam-ulaman.

Bahan-bahan;

  • 1 tin sardin
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 4 cili padi
  • 1 tangkai daun kari
  • Halia
  • Garam
  • Asam jawa (boleh guna asam keping 1)
  • Sedikit sos tiram
  • Ubi kentang (jika mahu)

Kari ikan sardin sedap, resipi ini tak rasa muak

Cara-caranya membuatnya;

1. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak-agak rata bergoreng.

2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Masukkan cili padi, bawang merah & bawang putih yang dah dihiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.

3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga rempah garing dan wangi.

4. Masukkan santan, ubi kentang, sos tiram dan air secukupnya. Tunggu sehingga ubi kentang empuk, baru masukkan ikan sardin, asam keping dan garam.

Kalau suka boleh la tambah sos sardin. Angkat dan sedia dihidangkan.

Cuba juga Sosej telur hancur mudah, penuhi selera anak-anak

Semoga bermanfaat.

Sumber : Fieza Sani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca