KUIH seri muka, ketayap dan onde-onde wajib menggunakan pandan dan kelapa untuk mendapatkan rasa yang sedap.

Pada masa sama, semua kuih tradisional itu sememangnya sinonim dengan identiti kebangsaan.

Justeru, sempena mengambil semangat nasionalisme, Cadbury Dairy Milk memperkenalkan inovasi terbaharu mereka, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa.

Produk terkini itu menggabungkan kehalusan coklat susu dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma untuk meraikan rasa yang membentuk identiti negara, kata Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura, Arpan Sur.

Keenakan coklat susu yang halus digabungkan dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma menghasilkan satu rasa ikonik warisan tempatan yang sentiasa digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira generasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan rekod, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa merupakan varian edisi terhad ketiga yang dihasilkan mengikut cita rasa para peminat coklat di Malaysia.

Sebelum itu, mereka memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Kopi C dan Cadbury Dairy Milk Durian.

Mengulas lanjut, Arpan berkata, dengan pelancaran perisa baharu itu, Cadbury Malaysia ingin membangkitkan sifat murah hati rakyat Malaysia bagi menyokong penjaja-penjaja kuih tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerusi inisiatif yang bertemakan #MYCadburyFlavours.

Iklan

Menerusi penggunaan tanda pagar #MyCadburyFlavours dan dengan kerjasama rakyat Malaysia, Cadbury Malaysia akan membantu mempromosikan perniagaan para penjaja di platform digital dan menerusi iklan berbayar di dalam media sosial. Kami berharap dengan inisiatif ini, para pengusaha dapat mengekalkan perniagaan dan pada masa sama, dapat menyokong sumber pendapatan mereka menerusi kempen ini,” katanya.

Ujar Arpan, Cadbury Malaysia mengalu-alukan setiap individu untuk berkongsi gerai kuih kesukaan mereka bagi mewujudkan kesedaran dan sebagai sokongan kepada penjaja-penjaja kuih tempatan yang sentiasa mengekalkan rasa warisan zaman berzaman seperti rasa pandan dan kelapa.

Jadi, apa lagi, kepada anda yang mungkin juga seorang pengusaha atau rakyat Malaysia, jom bersama-sama sertai kempen hebat itu.

Iklan

Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa kini sudah boleh didapati secara eksklusif mulai bulan ini di semua pasar raya utama di seluruh negara dan menerusi platform e-dagang Shopee dan Lazada.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa dan #MYCadburyFlavours, layari www.cadbury.com.my atau kekal berhubung melalui laman Facebook www.facebook.com/CadburyMalaysia dan Instagram www.instagram.com/Cadbury_MY.