Kaya rempah ratus, daging goreng Thai ringkas & lazat pasti pemikat selera keluarga
Kaya rempah ratus, daging goreng Thai ringkas & lazat pasti pemikat selera keluarga
MENU daging goreng memang mudah malah sangat enak. Kalau tiada selera, menu bergoreng ni tentunya boleh dijadikan pilihan untuk membuka selera.
Sebenarnya, daging goreng ni ada banyak jenis namun masakan ala Thai ini antara yang paling mudah dan sedap.
Daging goreng ala Thai atau dikenali sebagai 'Gai Tod' ini antara hidangan yang lazat dan kaya dengan rempah ratus.
Ini resipi mudah untuk membuat daging goreng ala Thai menerusi perkongsian Chef Azahari Abdullah. Jom cuba!
RESIPI DAGING GORENG THAI STYLE CHEF
Bahan-bahan;
- 800 gram daging
- 5 sudu biji ketumbar dikisar atau ditumbuk [Beli di sini]
- 4 ulas bawang putih ditumbuk atau dihiris halus [Beli di sini]
- 1 sudu besar lada hitam dikisar atau ditumbuk [Beli di sini]
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
- Mentega untuk menumis [Beli di sini]
Cuba juga Campak-campak siap! Senang sungguh buat mi goreng daging meletop ni rugi tak cuba
Cara membuatnya;
Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.
Bahan-bahan buat sos:
- Serbuk cili Thai
- 2 sudu besar gula kabung [Beli di sini]
- 2 sudu beras digoreng atau disangai & dikisar halus
- 2 sudu air limau nipis
- 3 sudu air asam jawa [Beli di sini]
- Kicap sotong atau sos ikan [Beli di sini]
- 3 ulas bawang kecik merah dihiris nipis
- Daun ketumbar dan daun bawang
Cara penyediaan:
1. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging yang telah diperap. Kacau hingga sebati.
2. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
3. Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Chef Azahari Abdullah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang