Kek coklat pisang gebu ala Nabila Huda

A
A
A

MENJADI viral seluruh Malaysia apabila syarikat Vorwerk mengeluarkan Thermomix TM6 yang bernilai melebih RM7,000 kerana dapat membuat pelbagai jenis juadah makanan.

Artis popular Nabila Huda telah membeli mesin tersebut untuk membuat kuih dan kek.

Salah satunya kek coklat pisang gebu dengan menggunakan mesin Thermomix TM6 yang menjadi bualan netizen dan dipuji oleh selebriti Fasha Sandha dan Siti Sarah. Jadi beliau mula menjual kek coklat pisang gebu menerusi laman sosial Instagram @hippiesbananacake.

Mungkin ada sesetengah daripada anda tidak mampu untuk membeli mesin itu, usah bimbang kerana anda masih berpeluang membuat kek coklat pisang gebu ini.

Jom cuba resipi ini!

kek nabila hudaKEK pisang air tangan Nabila Huda berjaya memikat hati orang ramai termasuk hati Fasha dan Siti Sarah.

Bahan bahan:

4 biji pisang emas (dilenyekkan)

1 cawan gula kaster

1 cawan minyak jagung

4 biji telur

Bahan ayak:

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bicarbonat

1 sudu kecil baking powder

Bahan lain:

1 sudu besar jus limau nipis

1 sudu kecil esen vanila

Coklat

Cara cara:

1 Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.

2 Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5 minit atau sehingga menjadi warna putih. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.

3 Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang lapisan yang pertama kemudian tuang coklat yang sudah di cairkan dan teruskan lapisan yang seterusnya serta hias dengan potongan pisang. Bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. Apabila permukaan atas telah perang, kurangkan suhu ke 150C dan bakar selama 1 jam. Siap!

4 Mudahkan nak dapat kek pisang gebu ini. Selamat mencuba!

Sumber: Azie kitchen

Penulis: Fatin Syazwani Mohmmed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca