JIKA korang penggemar kek berasaskan keju, resipi hari ini antara yang harus korang cuba.

Ia bukan sahaja mudah kerana menggunakan tiga bahan, malah rasanya juga lazat untuk dinikmati.

Ikuti langkah demi langkah di bawah, gerenti kek keju dihasilkan gebu dan lembut!

Bahan-bahan:

  • 120g Tatura Cream Cheese
  • 120g susu pekat manis
  • 3 biji telur gred B

*Sukatan ini untuk satu loyang kecil sahaja. Sesuai untuk mereka yang pertama kali cuba. Kalau inginkan saiz besar, maka gandakan sukatan ya.

Cara penyediaan:

1. Pukul Tatura Cream Cheese dan susu pekat menggunakan mixer ataupun blender (pukul hingga berkrim dan tak berketul).

2. Asingkan telur putih dan kuning. Seterusnya pukul telur hingga teksturnya berkrim (meringue).

3. Kemudian, masukkan pula telur kuning di dalam adunan cream cheese.

4. Campurkan semua adunan dan gaul hingga sebati.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Kalau tiada boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

6. Panaskan oven pada suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air).

Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah apabila letak loyang kek. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’;

  • Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
  • Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
  • Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada sudah masak atau belum, cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

Kek keju gebu, lembut. Caranya mudah guna 3 bahan sahaja

7. Apabila sudah masak biarkan 15 minit di dalam oven dan barulah dikeluarkan. Pintu oven bukakan sedikit.

Iklan

8. Letak topping ikut kegemaran. Makan begitu saja pun sedap atau guna parutan keju cheddar.

Cuba juga Harga murah dan topping unik, Ais Kepal Cik Ana viral sepanjang PKP

Kalau nak cairkan parutan keju pada topping boleh masukkan kejap dalam oven.

Iklan

Jika buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang sangat lazat!

Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan? Selamat mencuba!

Kredit to : Nurul Ain Ridzwan