Kek pelangi kukus, lembap, mudah dan sedap macam 'adik' kek lapis
SESIAPA yang merupakan penggemar dan suka bikin kek pasti tidak akan menolak mencuba menghasilkan dan merasai keenakan kek rainbow atau kek pelangi ini.
Bukan sahaja warnanya ibarat pelangi yang cantik menawan, rasanya yang lembap, mudah dibuat dan sedap di mulut berikutan dikukus juga antara yang menjadi perhatian.
Sebelum memulakan percubaan pembuatan kek lapis yang lebih rumit, apa kata cuba kek pelangi yang lebih mudah ibarat 'adik'nya ini terlebih dahulu.
Bila dah ada asas, baru proses buat kek-kek seumpamanya yang lain lebih mudah.
Anak-anak tentu tertarik dek warnanya dan tidak akan mahu ketinggalan daripada menikmatinya.
Resepi Kek Pelangi Kukus Mudah & Sedap
Bahan-bahannya:
4 biji telur
200gm gula halus
1 sudu teh ovalet
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml santan
100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan
Esen vanila dan pewarna
Cara-caranya:
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul telur, gula dan ovalet hingga kembang dan putih.
3. Masukkan tepung, gaul sebati.
4. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dibiarkan tanpa warna. Dua lagi bahagian diwarnakan dan diletak perisa yang disukai.
7. Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan adunan yang kedua, kukus selama 10-15 minit. Akhir sekali tuang adunan yang ketiga, kukus selama 20-25 minit.
8. Pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api sederhana.
Sumber: Resepi Bonda
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang