Jangan ambil ringan depresi, kemurungan & masalah bipolar. Boleh jadikan seseorang hilang pertimbangan

PEMINAT lagu-lagu dari era 90-an di seluruh dunia memang terkejut dengan berita kematian penyanyi dan aktivis terkenal kelahiran Ireland, Sinead O’Connor.

Berita pemergian pelantun lagu Nothing Compares 2 U itu diumumkan ahli keluarganya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Pun demikian, punca kematian O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat tidak didedahkan.

depresi
SUMBER Sofia Alejandra daripada PEXELS.

Menurut laporan CNN, wanita berusia 56 tahun tersebut ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di London, United Kingdom.

Wanita tersebut sebelum ini pernah mendedahkan dirinya berdepan masalah kesihatan mental iaitu bipolar dan mengalami depresi selepas anak lelakinya, Nevi’im Nesta Ali Shane O’Connor meninggal dunia pada Januari tahun lalu.

Jika dilihat, ramai selebriti dunia turut mendedahkan mereka mengalami penyakit kecelaruan emosi.

 

Sebelum ini, SinarPlus juga pernah menyiarkan berita berkenaan kematian penyanyi Hong Kong, Coco Lee yang berpunca daripada kemurungan.

Majalah Women’s Health pula berkata, selain O’Connor, penyanyi seperti Selena Gomez, Mariah Carey dan Demi Lovato merupakan antara artis terkenal yang mendedahkan mereka menghidap masalah bipolar.

Sememangnya, kemurungan dan kecelaruan bipolar adalah salah satu masalah kesihatan mental yang boleh memberi kesan kepada aktiviti harian, perhubungan dan kesihatan fizikal.

DEPRESI
SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Dalam artikel kali ini, SinarPlus akan terangkan dengan terperinci apakah maksud kecelaruan bipolar dan perbezaannya dengan kemurungan?

PASANG SURUT EMOSI

Menurut WebMD, kecelaruan bipolar dan kemurungan mempunyai banyak persamaan, namun mempunyai beberapa perbezaan simptom yang ketara.

Depresi atau dikenali sebagai major depressive disorder adalah masalah gangguan emosi yang menimbulkan perasaan sedih dan putus asa yang melampau.

Bipolar atau dipanggil depresi manik pula melibatkan pasang surut emosi.

Pesakit boleh mengalami emosi ‘naik’ atau dipanggil mania dan keadaan emosi ‘turun’ yang disebut hipomania.

Baca juga: Bukan orang gila, dia mungkin ‘ahli syurga’, catatan kaunselor pusat pemulihan buat warganet menangis

DEPRESI
SUMBER Liza Summer daripada PEXELS.

“Apabila pesakit mengalami episod mania, mereka mungkin akan kelihatan sangat bertenaga, kurang tidur kerana terlalu sibuk dan bercakap lebih pantas. Pun demikian, mereka juga boleh mengalami fasa hipomania iaitu keadaan sebaliknya dan berada di luar realiti,” jelas WebMD.

TERLALU BANYAK BERFIKIR

JSementara itu, Healthline berkata, seseorang yang mengalami depresi akan mengalami lima atau lebih simptom yang berpanjangan sehingga dua minggu atau lebih.

Antara simptom kemurungan adalah seperti berikut:
1. Kesedihan, putus asa, berasa diri tiada nilai dan memiliki perasaan yang kosong.
2. Pesimisme (kecenderungan memandang sesuatu dari sudut keburukan).
3. Rasa bersalah.
4. Kurang minat dalam perkara yang pernah disukai.
5. Insomnia atau terlalu banyak tidur.
6. Kegelisahan atau kurang tumpuan.
7. Mudah marah.
8. Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
9. Sakit kepala atau penyakit lain.
10. Mempunyai pemikiran tentang kematian, bunuh diri atau percubaan bunuh diri.

Baca juga: Risau tak dapat banyak ‘like’, orang tak beri perhatian pada status di media sosial, ada kaitan dengan masalah mental? Ini penjelasannya 

dipresi
SUMBER Liza Summer daripada PEXELS.

Gejala gangguan bipolar pula adalah seperti berikut:
1. Kegelisahan, tenaga yang tinggi atau peningkatan aktiviti.
2. Terlalu banyak berfikir atau pemikiran yang mudah terganggu.
3. Mempunyai idea yang hebat atau kepercayaan yang tidak realistik.
4. Euforia (keriangan yang berlebihan).
5. Mudah marah dan agresif.
6. Tidur yang sedikit.
7. Dorongan seks yang tinggi.

Mengulas lanjut,Healthline berkata, pengesanan atau diagnosis untuk kecelaruan bipolar mungkin agak sukar untuk dilakukan disebabkan oleh kepayahan untuk menentukan faktor mania dalam diri pesakit.

“Sekiranya simptom gagal dikesan, mereka akan kelihatan seperti penghidap kemurungan dan tidak akan mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Justeru, analisis yang tepat terhadap gejala adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan diagnosis yang betul,” katanya.

Iklan

Tambah laman kesihatan itu, pesakit perlu memberitahu tentang sejarah perubatan mereka secara lengkap dan ubat-ubat yang diambil.

Hal ini kerana tiada ujian khas untuk mengesan sama ada seseorang itu mengalami kecelaruan bipolar atau depresi.

Doktor lazimnya akan menjalankan beberapa ujian lain termasuk pemeriksaan fizikal dan neurologi, ujian makmal atau pengimejan otak.

UBAT ANTIKEMURUNGAN

Untuk aspek rawatan, SinarPlus merujuk laman Hello Doktor.

Kata Hello Doktor, bagi mereka yang menghidap kemurungan, ubat antikemurungan biasa digunakan sebagai pilihan rawatan utama.

DIPRESI
SUMBER Pixabay daripada PEXELS. 

“Terapi perbualan juga merupakan salah satu daripada solusi alternatif.

“Ada juga jenis kemurungan yang mungkin memerlukan gabungan rawatan antara ubat-ubatan dan juga psikoterapi,” katanya.

Tambahnya, doktor akan menggunakan ubatan penstabil mood untuk merawat gangguan bipolar.

Iklan

Ubat antikemurungan tidak digunakan untuk merawat masalah bipolar kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan pesakit.

Selain itu, ubat penstabil mood juga mungkin digunakan untuk merawat gangguan lain seperti gangguan stres pasca trauma atau keresahan.

Baca juga: Derita bipolar, penyanyi Yasin Sulaiman sah tidak waras semasa kejadian kes dadah, berikut tanda-tandanya

Baca juga: Kecelaruan bipolar satu masalah mental, ini yang perlu difahami

Walau apa jua masalah kesihatan mental yang anda alami, SinarPlus nasihatkan agar segera dapatkan pemeriksaan daripada pakar.

Rawatan yang berkesan mampu mengawal simptom yang dialami daripada memburuk dan paling penting dapat mengelak daripada anda bertindak di luar batas kewarasan akal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang