BUKAN orang gila. Masyarakat kita selalu sahaja membuat tanggapan dengan keadaan luaran seseorang. Kalau membayar dengan duit syiling dikatakan dalam kesusahan, jika nampak comot dan tak terurus terus dilabelkan sebagai kurang waras.

Seperti yang dikongsikan kaunselor pusat pemulihan penagihan narkotik ini, pertemuannya dengan bekas pelatih amat menyentuh hati. Hakikatnya tidak semuanya yang terjerumus ke kancah dadah itu tidak baik seperti mana stigma masyarakat.

Adakala bekas penagih dadah itu lebih tahu menghargai jasa daripada insan lain. Sama-sama kita mengambil pengajaran daripada kisah dikongsikan Nadia Hazmi ini.

Baca juga: Kecelaruan bipolar satu masalah mental, ini yang perlu difahami

“Hujung minggu lalu berhenti seketika mencari bekal kudap-kudapan di 7E dalam perjalanan. Keluar dari pintu kedai terlihat seorang lelaki tersidai di luar pintu. Terdetik hati “orang kurang waras agaknya, kesian dia.”

“Tapi hati terasa nak menoleh kali kedua dia tiba-tiba tersenyum gembira.

“Puan Nadia!!!”.. teriaknya girang. Terkejut, eh dia kenal aku?

“Puan!! Puan ingat tak saya? Kurus la puan sekarang, dulu puan mengandung masa puan jaga saya.”

“Saya masih terpinga-pinga cepat masukkan barang-arang dibeli ke dalam kereta,” kongsinya.

Ujarnya semakin beliau menghampiri terdengar suara abang-abang yang sedang mengopi di gerai sebelah mengatakan supaya jangan dekat kerana lelaki itu didakwa ‘orang gila’.

“Akak tak peduli sebab wajah lelaki tu betul-betul macam pernah dikenali. Kalau masa mengandung dia boleh kenal, ia bermakna 9 tahun yang lalu..

“Awak ingat saya lagi? Nama awak sapa,” tanya Nadia.

“Norazlan puan.. puan jaga saya dulu masa saya dalam pengawasan,” jawab pemuda itu.

Nadia terkesima bagaimana lelaki itu masih boleh mengingatinya sambil bertanya keberadaan lelaki itu kini. Lebih mendukacitakan Azlan mendakwa dirinya yang sebatang  kini hidup bergelandangan.

“Orang tua semua dah meninggal puan, rumah tak ada, orang lain dah ambik. Sekarang tinggal kat bawah tangga kedai, takda kerja tapi saya tak hisap dadah dah puan,” ujarnya dengan wajah polos, tulus dan ikhlas.

Tersentuh sangat rasa hati menyebabkan air mata Nadia bergenang. Katanya bekas klien yang itu bukanlah seperti kebanyakan, orang kelainan upaya (OKU) mental kerana sejarah hidupnya. Terjebak dadah kerana dianiaya.

“Awak dah mandi, gosok gigi tak? Dah makan? Macam mana nak dapat duit kalau tak kerja, “ tanya Nadia sambil memeriksa kuku lelaki itu bagi memastikan dirinya terurus. Namun jawapan Norazlan menyebabkan beliau sebak.

Lelaki itu mengakui baru sahaja mandi tetapi belum menjamah makanan. Tidak pasti gangguan mental yang dialami, lelaki itu memiliki alat permainan yang dihasilkan sendiri dan bentuknya menyerupai mainan kanak-kanak.

Baca juga: #SiBibirMerah “Kalau jumpa botol ini, jangan percaya projek sains” – Masalah sosial akibat dadah menggerunkan

Di kesempatan itu, Nadia menitip pesan agar lelaki itu cuba memperbaiki diri dan berkelakuan baik.

“Azlan, jaga diri. Jangan terus macam ni. Cuba cari kerja apa yang awak mampu. Kalau tak ada makanan minta elok-elok kat orang-orang yang baik hati. Jangan mencuri, jangan ganggu orang nanti orang tangkap dan pukul awak,

“Meninggalkan dia dengan sedikit bekalan dan senyuman, saya berlalu dari situ dan bermuhasabah diri sendiri. Apalah daya nak mengatur jalan hidup semua yang pernah kita “jaga”.. mungkin takdir hidupnya sudah begitu. Moga ALLAH sentiasa memberi perlindungan kepadanya dunia dan akhirat.

“Tapi dari situ ALLAH juga memberi kita kebahagiaan dan kegembiraan apabila pernah membantu insan yang diuji dengan seikhlas hati.

Apabila mampu mengukir senyuman diwajah insan istimewa.. nikmatnya lain. Rasa sedih namun terubat hati walaupun pengakhiran cerita tak semuanya sempurna. Begitulah kisah klien istimewa mungkin ahli syurga. Kadang-kadang insan sebegini lebih mengenang budi dan jasa daripada yang lebih sempurna.

“Kita memang tak selalu bertemu orang yang baik tapi tetaplah jadi baik untuk setiap orang diemui,” katanya.

Perkongsiannya menerima 10,000 reaksi dan 7,000 perkongsian. Warganet rata-rata tersentuh dan menitiskan air mata.

-“Apabila orang melakukan kerja ikhlas, pasti diingati. Azlan mungkin sedang ‘sakit’ tapi tengoklah dia masih mengingati siapa yang menjaganya semasa dalam tempoh pengawasan. Semoga puan dan Azlan diberi segala zat kebaikan dunia dan akhirat. Perjalanan dan pengakhiran hidup kita tidak tahu. Jadi hentikan ‘ambil kerja Tuhan’ untuk menghukum syurga neraka seseorang.”

-“Dia mungkin pernah buat sila tapi cepat ALLAH sedarkan dia melalui asbab Puan Nadia. Daripada raut mukanya, dia bahagia dengan kehidupan yang Allah dah atur. Siapa tahu dia mungkin ahli syurga. Siapa tahu mungkin dari asbab doa dia kita dpt masuk syurga. Tahniah puan menyantuni satu kemanusiaan.”

-“Terima kasih perkongsian, sedikit sebanyak mengingatkan apa yang terlupa.”

-“Dalam social media yang penuh dengan perkongsian kemewahan, pakai Iphone, founders dengan kereta mewah berlambak, pemimpin kaya raya, masih ada ramai yang sebegini. Ya ALLAH ampunkan lah dosa kami.”

Iklan

-“Kadang-kadang orang yang biasa dengan kita sekelip mata boleh lupa semua jasa tapi insan macam ni, sekali kau buat baik smpai bile-bila die ingat”

Sebelum pandemik, statistik NHMS pada 2019 menunjukkan kira-kira 2.3 peratus rakyat Malaysia atau setengah juta orang mengalami gejala kemurungan. Majoriti individu yang terkesan adalah daripada golongan B40 (2.7 peratus), diikuti oleh golongan M40 (1.7 peratus) dan T20 (0.5 peratus).

Baca juga: Warganet bengang, pemuda tergamak belasah bapa tiri tak dapat duit beli dadah

Jenis-jenis penyakit mental

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Menurut Kesihatan Mental Amerika, terdapat lebih daripada 200 jenis klasifikasi penyakit mental [iii]. Antara jenis gangguan mental paling umum ialah:

  • Keresahan
  • Paranoia
  • Skizofrenia
  • Gangguan pemakanan
  • Insomnia
  • Kecelaruan bipolar
  • Kecelaruan obsesif-kompulsif
  • Kecelaruan stres pascatrauma
  • Kemurungan
  • Fobia

Tahap keterukan penyakit mental adalah berbeza-beza antara individu, begitu juga dengan simptom-simptomnya.

Penyakit mental boleh berpunca daripada beberapa faktor termasuklah:

-Pengalaman hidup yang buruk semasa kecil seperti trauma atau penderaan.

-Menghidapi penyakit kronik untuk tempoh yang lama.

-Penyalahgunaan bahan.

Iklan

-Faktor genetik atau ketakseimbangan kimia dalam otak.

-Jangkitan atau kecacatan fizikal pada otak.

-Kesunyian, hidup terasing dan kurang pendedahan sosial

Anggapan penyakit mental tidak dapat diubati langsung mungkin betul tetapi bilangannya kecil. Biarpun tidak boleh disembuhkan, ia masih boleh dirawat, diurus dan dikawal dengan kombinasi biologi, psikologi, sosial dan spiritual.

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

Kredit: Nadia Hazmi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi