MAKAN dengan kuantiti yang banyak biasanya akan menyebabkan seseorang berasa terlalu kenyang.

Situasi tersebut biasanya dialami apabila kita menghadiri majlis jamuan atau semasa musim perayaan.

Kalau Hari Raya, lagilah, kan? Pelbagai sajian yang terhidang atas meja.

Bermacam-macam makanan kita letak di atas pinggan dan ‘makan sehingga tidak ingat dunia’.

mengantuk
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Sebaik selesai makan, mata pun mula layu dan mulut pula asyik menguap-guap.

Mengapakah situasi tersebut boleh berlaku?

Mengantuk selepas makan atau food coma dalam bahasa perubatan disebut postprandial somnolence, demikian menurut Healthline.

Tidak banyak penyelidikan dijalankan untuk memahami punca seseorang berasa penat dan mahu tidur selepas makan.

 

“Walaupun istilah yang digunakan menggunakan perkataan ‘koma’, namun ia tidak menyebabkan seseorang mengalami kehilangan kesedaran.

Food coma tiada kaitan dengan keadaan perubatan yang serius tersebut,” katanya.

MENGANTUK
SUMBER Ketut Subiyanto daripada PEXELS.

Biasanya, mereka yang mengalami keadaan mengantuk selepas makan akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

1. Mengantuk.
2. Kelesuan.
3. Keletihan fizikal.
4. Tahap tenaga yang rendah.
5. Kurang tumpuan.

Tambah laman kesihatan tersebut, beberapa kajian mengatakan gejala tersebut mungkin berlaku selama empat jam selepas mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak.

Baca juga: Awas jika alami mengantuk luar biasa, ini penyakit menyerang anak muda

MENGANTUK
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

ISYARAT KENYANG

Sementara itu, Verywell Fit telah menyenaraikan beberapa faktor yang mungkin menjadi penyumbang kepada food coma, antaranya:

1.Peredaran darah
Sesetengah pakar kesihatan mengatakan bahawa mengantuk selepas makan disebabkan oleh pengaliran darah daripada otak ke organ pencernaan.

Aktiviti makan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik yang mengawal fungsi badan seperti denyutan jantung, tekanan darah dan penghadaman.

Aliran darah yang lebih terarah pada organ pencernaan berbanding ke bahagian otak menyebabkan seseorang mahu tidur.

Baca juga: 10 cara atasi mengantuk selepas makan tengah hari.. nombor 7 tu ‘rare’

MENGANTUK
SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

2.Makanan tinggi lemak atau protein
Sesetengah penyelidik mempersoalkan hubungan kait antara pengaliran darah dan situasi mengantuk.

Sebaliknya, mereka mencadangkan bahawa makan makanan yang tinggi lemak dan rendah karbohidrat boleh menyebabkan rasa hendak tidur selepas makan.

Isyarat kenyang yang dihantar ke otak mengurangkan rangsangan dan meningkatkan rasa mengantuk.

Iklan

3.Peningkatan sitokin (protein sistem kekebalan tubuh)
Penyelidik percaya bahawa sitokin bertanggungjawab untuk meningkatkan rasa keletihan selepas makan dengan menjejaskan sistem saraf pusat.

Dalam pada itu, Medical News Today berkata, pelbagai keadaan kesihatan boleh menyebabkan keletihan yang berlebihan. Antaranya ialah:
1.Penyakit darah seperti anemia.
2.Penyakit autoimun seperti seliak yang menjejaskan usus kecil.
3.Penyakit jangka panjang seperti sindrom keletihan kronik dan Covid-19.
4.Keadaan kesihatan mental seperti kemurungan.
5.Penyakit metabolik seperti diabetes.
6.Jangkitan seperti demam kelenjar.
7.Keadaan tiroid seperti hipotiroidisme.
8.Masalah tidur seperti apnea tidur.

MENGANTUK
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

GAYA HIDUP SIHAT

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu entri di Facebook berkata, pemilihan makanan yang betul dan gaya hidup yang sihat dapat mencegah food coma.

Berikut adalah cara yang disyorkan KKM untuk mengelak food coma:
1.Ambil makanan secara sederhana.
2.Kekal hidrat.
3.Dapatkan tidur yang cukup.
4.Hadkan pengambilan makanan dan minuman manis.
5.Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kalori.

Baca juga: Amalkan epal merah elak anak mengantuk ke sekolah, ini 5 menu ibu perlu cuba

Iklan

Baca juga: Dah cukup tidur pun, masih mengantuk. Mengapa ya? Ini sebab-sebabnya semua kena tahu

SinarPlus nak ingatkan, makan biar berpada-pada.

Lebih baik berhenti sebelum kenyak bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada tubuh kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!