'Kenapa tak ada breakfast?' Ridzokumura dedah cerita sebenar pemergian Akiko, mohon netizen hentikan spekulasi kematian isteri demi anak

No Image Caption
A
A
A

SETELAH beberapa hari perginya isteri tersayang, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura ceritakan semula kejadian sebenar pemergian suri hatinya itu.

Menurut Ridzokumura atau nama sebenar Abd Ridzuan Abdul Mutalib, arwah terjatuh dari tingkat empat rumahnya dengan keadaan tubuh badan meniarap atas tanah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, pada malam kejadian, setelah pulang dari luar beliau melihat isterinya tidur di bilik tetamu dan tidak mengejutnya.

Ridzuan yang sebelum itu menidurkan anak mereka, Sky Taizo terdengar bunyi seperti dentuman kira-kira jam 1 pagi, namun tidak menyangka bunyi itu adalah isterinya.

“Abang ada dengar bunyi macam orang jatuh, cuma ingatkan ada orang kemalangan sebab rumah abang tepi lebuh raya.

“Selalunya abang akan pergi lihat bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur,”cerita beliau menerusi siaran langsung di TikTok, pagi Rabu.

Pada keesokan paginya, Ridzuan yang baru selesai menyiapkan anaknya berasa pelik apabila isterinya, Akiko Okumura tidak menjalankan rutin kebiasaannya menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.

Oleh sebab itu, beliau mencari isterinya di bilik tetamu sebelum melihat tingkap bilik terbuka dan rosak. Setelah itu, beliau segera bergegas turun ke bilik air utama dengan memanjat tingkap dan mendapati isterinya terbaring tertiarap di atas tanah.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus meminta pengawal keselamatan untuk menghubungi pihak ambulans dan polis.

“Memandangkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, saya tidak mengalihkan badannya kerana menyangka dia masih bernyawa,” jelasnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, dia juga memohon orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi tentang pemergian isterinya kerana memberi keterangan mengenai perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

“Saya tak nak anak saya, Sky Taizo Okumura pergi ke sekolah dengan rasa tidak tenang kerana rakan-rakan sekolah akan bercakap tentang isu ini.

“Saya mohon kerjasama semua netizen untuk berhenti membuat spekulasi tentang kematian Akiko. Dia isteri yang baik dan cara dia pergi tinggalkan saya dan Sky diluar jangkaan, namun kami reda,” mintanya.

Dia juga menyeru orang ramai di sosial media untuk tidak memberi komen negatif dan membuat andaian lain tentang pemergian Akiko bagi mengelakkan sebarang berita palsu.

No Image Caption

Terdahulu, pihak polis sahkan wanita warga Jepun jatuh kondo pada minggu lalu adalah isteri kepada pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Ridzuan Ridzokumura.

Difahamkan, wanita berusia 50 tahun itu telah terjatuh dari tingkat empat kediamannya di sebuah kondominium yang terletak di SS16.

Pihak polis juga menyatakan kematian wanita berkenaan diklarifikasikan sebagai mati mengejut.

Walau bagaimanapun, suami wanita berkenaan sudahpun dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberikan keterangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang