Keputusan bedah siasat Nur Farah Kartini belum muktamad. Telefon bimbit bahan bukti & petunjuk kes sedang dikesan

No Image Caption
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KEPUTUSAN bedah siasat bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris, (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, kini dalam peringkat pending laboratory investigation atau sedang tunggu laporan lengkap makmal.

Prosedur yang dilakukan di Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB) itu berlangsung selama lebih dua jam bermula pada pukul 3 sehingga 5.30 petang.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata punca sebenar kematian itu masih belum dapat dipastikan sehingga pihak polis menerima laporan penuh analisis makmal.

Dalam perkembangan terbaru, Hussein turut mendedahkan keadaan mayat Nur Farah yang telah reput di bahagian dada dan muka menyebabkan punca kematian masih belum dapat disahkan.

Katanya, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

"Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

"Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian," katanya kepada Sinar Harian

Beliau berkata, ini juga bagi menolak kemungkinan sebab-sebab lain berkait kematian mangsa.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

"Polis ada merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana saksi kejadian tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan," katanya pada Selasa.

No Image Caption

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk mendapatkan telefon bimbit bagi mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan.

Pihaknya akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) dan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika, proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.

No Image Caption

Tidak hanya telefon pintar, rantai leher dan beberapa barangan lain yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes akan cuba dikesan dalam operasi itu.

Terdahulu, suspek telah dibawa ke lokasi penemuan mayat berkenaan selama 15 minit pada 2.30 petang, Selasa.

Suspek berusia 26 tahun yang memakai pakaian reman berwarna jingga dilihat menunjukkan kawasan semak samun berhampiran sungai dipercayai lokasi sebenar mayat mangsa ditemukan.

No Image Caption

Baca juga: 'Hilang di Tanjung Malim, ditemui di Hulu Selangor.' 6 hari tanpa jejak, Nur Farah Kartini ditemukan tak bernyawa, berikut kronologi tragedi

Baca juga: Pembaca berita sebak sampaikan kematian Nur Farah Kartini, dedah rakan baik sejak universiti. 'Tak sangka berakhir tragedi pilu'

Baca juga: Pelajar cemerlang GPA 4.0, Nur Farah Kartini bakal guru. 'Tak sempat berbakti mengajar anak didik'

Baca juga: 'Cukup jadi sederhana dan lihat siapa yang dapat menerima kita apa adanya,' hantaran Thread terakhir Nur Farah Kartini jadi perhatian warganet

Baca juga: 'Kepulangan kami nantikan tapi ALLAH lebih sayang Farah.' Abang dedah adik tak pernah kongsi masalah, bapa suspek reda ujian

Terdahulu, media tempatan melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai, ditemukan enam hari kemudian ladang kelapa sawit berkenaan, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

Suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sama-sama kita doakan penyiasatan kes ini berjalan dengan lancar.

Sumber: Sinar Harian, 2, 3, Harian Metro 1,Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang