'Kepulangan kami nantikan tapi ALLAH lebih sayang Farah.' Abang dedah adik tak pernah kongsi masalah, bapa suspek reda ujian

No Image Caption
A
A
A

ABANG kepada Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang ditemui maut dipercayai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor mengakui tidak mengetahui tentang perihal adiknya.

Mohd Farriza Azmi Abdullah, 28, juga berkata, tidak mengetahui apa-apa maklumat mengenai lelaki berusia 26 tahun yang direman pihak polis.

“Dia (Nur Farah) seorang yang ceria dan tak pernah cerita apa-apa masalah.

“Pasal lelaki itu saya tak tahu apa-apa," katanya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Mohd Farriza juga menceritakan detik terakhir adik bongsunya itu pulang ke kampung halaman. Katanya, adiknya merantau demi mencari rezeki.

“Kali terakhir arwah pulang ke Sarawak pada sambutan Hari Raya. Dia rapat dengan semua orang terutama mak dan semua abang-abangnya.

“Nur Farah sangat baik dan dia datang ke sini pun bekerja untuk membantu keluarga di kampung,” katanya yang masih terkejut dengan penemuan adiknya semalam.

No Image Caption

Kakak ipar Nur Farah, Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata buat masa ini mereka hanya menunggu laporan forensik daripada pihak polis berhubung kes berkenaan.

Syeril juga berharap orang ramai termasuk pihak media tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.

'KAMI SAYANG SANGAT FARAH'

Salah seorang rakan rapat, Donny Sibu menerusi laman sosial TikTok sempat berkongsi rakaman video Allahyarham di lapangan terbang ketika berlepas pulang ke Semenanjung.

No Image Caption

"Kepulangan yang kami nantikan tapi ALLAH lebih sayang Farah untuk kembali kepada-NYA. Can't believe that was your last word for us.

"Bye Donny, bye Nani, bye Yuni, jumpa lagi, sayang kalian. Kami pun sayang sangat Farah tapi ALLAH lebih sayangkan kau.

"Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman, tunggu di sana ok. Al-Fatihah," katanya.

Baca juga: 'Hilang di Tanjung Malim, ditemui di Hulu Selangor.' 6 hari tanpa jejak, Nur Farah Kartini ditemukan tak bernyawa, berikut kronologi tragedi

Baca juga: Pembaca berita sebak sampaikan kematian Nur Farah Kartini, dedah rakan baik sejak universiti. 'Tak sangka berakhir tragedi pilu'

Baca juga: Pelajar cemerlang GPA 4.0, Nur Farah Kartini bakal guru. 'Tak sempat berbakti mengajar anak didik'

Baca juga: 'Cukup jadi sederhana dan lihat siapa yang dapat menerima kita apa adanya,' hantaran Thread terakhir Nur Farah Kartini jadi perhatian warganet

BAPA MAHU SUSPEK DIHUKUM

Sementara itu, bapa kepada suspek reda dengan ujian yang sedang melanda keluarganya. Pun begitu, warga emas berusia 64 tahun itu tetap mahu anaknya perlu menerima hukuman jika benar bersalah.

Menyifatkan lelaki berkenaan sebaga anak yang baik dan bertanggungjawab, bapa berkenaan juga memaklumkan suspek bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini.

Suspek semasa dibawa ke lokasi kejadian menunjukkan lokasi sebenar mayat Nur Farah ditemukan iaitu berhampiran anak sungai
Suspek semasa dibawa ke lokasi kejadian menunjukkan lokasi sebenar mayat Nur Farah ditemukan iaitu berhampiran anak sungai

Lelaki itu terdahulu berkunjung ke rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai.

Ujarnya, suspek tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang.

"Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH," katanya.

Pun begitu, bapa berkenaan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.

"Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis apabila diugut dan mengambil tindakan sendiri," katanya sebak.

Terdahulu, mayat Nur Farah ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada pukul 6 petang, Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai.

Lebih memilukan, jasad wanita itu dikatakan hampir reput dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kecederaan yang dialami mangsa masih belum dapat ditentukan manakala tiada sebarang rampasan senjata di lokasi penemuan mayat.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian, Buletin TV3, TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang