Kerap kentut ada bahayanya, ketahui punca dan tip mengatasi
KENTUT adalah perkara yang normal apabila terlalu banyak gas dalam usus besar.
Otot anus akan melonggar dan mengeluarkan gas tersebut. Selalunya ia berbau busuk.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Gas yang dihasilkan dan berkumpul dalam usus adalah sebahagian daripada proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar kita.
Menurut perkongsian Doktor Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, kentut berlaku hanya sesekali, tetapi jika kerap kentut mungkin menandakan ada masalah yang lebih serius.
Menurut beliau, antara punca kentut kerap adalah;
1. Perubahan pemakanan
Apabila kita melancong ke sebuah negara yang agak asing dan makanan yang disediakan sangat berbeza dengan makanan yang selalu kita makan, menyebabkan perubahan proses pencernaan.
Mungkin lebih banyak gas dihasilkan dan kita mungkin kentut dengan lebih banyak.
2. Makanan 'berangin'
Makanan berkanji selalunya menghasilkan gas lebih banyak. Contohnya ubi, keledek dan kentang.
Begitu juga makanan yang masam, bersantan dan pedas. Makanan berprotein boleh menghasilkan banyak gas dan menyebabkan kentut menjadi lebih busuk.
3. Alahan pada susu
Bagi mereka yang mengalami alahan pada protein susu atau mengalami masalah intoleransi laktosa, dinasihatkan mengelakkan susu kerana mereka akan menghasilkan lebih banyak gas.
Ini akan menyebabkan abdomen menjadi kembung, memulas dan kentut lebih banyak.
Baca juga Obesiti bukan sekadar masalah lebih makan atau kurang bersenam semata-mata
4. Penyakit Celiac
Ia adalah masalah pencernaan apabila pesakit mengalami alahan pada gluten iaitu protein di dalam gandum dan oats.
Selain abdomen kembung, ia menyebabkan rasa memulas.
6. Sindrom gangguan usus (IBS)
Irritable bowel syndrome (IBS) adalah masalah gangguan pada sistem pencernaan tanpa sebab yang spesifik.
Ia mengakibatkan sakit perut, gas berlebihan, kentut dan cirit-birit terutama setelah makan. Pesakit akan rasa tidak selesa dan terus ke tandas.
Baca juga Vertigo bukan isu yang boleh dipandang enteng. Berikut tip yang dikongsi doktor untuk atasinya
Sementara itu, ini tip bagi mengatasi masalah kerap kentut. Antaranya:1. Mengenal pasti makanan yang boleh menyebabkan kerap kentut dan mengelakkannya.
2. Banyakkan minum air kosong bagi melancarkan sistem pencernaan.
3. Ambil dua sudu minyak zaitun bagi memudahkan membuang air besar.
4. Lakukan aktiviti fizikal bagi menggerakkan usus besar bagi menghalang sembelit.
5. Kurangkan makanan berlemak (santan), pedas dan masam.
6. Elakkan minuman berkarbonat dan alkohol.
Jika masalah kerap kentut, kembung abdomen, cirit-birit, najis berdarah dan kurang selesa makan berlanjutan sehingga berat badan berkurangan, buatlah pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan masalah ini lebih parah.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang