Khairul Aming, Pinn Yang terbang ke China, timba ilmu perniagaan untuk rakyat Malaysia
TAK habis lagi penat menjual sempena kempen tarikh keramat di TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown. Khairul Aming dan Pinn Yang dikatakan kini berada di Shanghai, China. Wah, hebatnya.
Sebelum terbang ke negara pengeluar terbesar dunia itu, dua figura hebat ini berjaya capai jualan RM1 juta pada kempen 11.11 yang lepas. Bukan biasa-biasa!
Dengan jadual yang 'super' padat, Khairul dan Pinn Yang cuma sempat tidur dua jam je sebab nak kejarkan flight! Gila lah!
Tak boleh dinafikan lagi kejayaan mereka, sebab Khairul Aming atau KA ni sememangnya hebat, apa je yang dia jual, mesti habis licin! Sambal Nyet pun selalu 'sold out'.
Kedua-dua pempengaruh hebat ni terbang ke China untuk belajar lebih banyak ilmu tentang e-dagang bagi perniagaan atas talian.
Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman berkata beliau dan rakan perjuangannya akan mempelajari ilmu yang ada di negara tembok besar itu untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
“Kitaorang datang sini nak belajar pasal 'e-commerce livestream' kat China and kita akan bawak balik sebanyak mungkin ilmu untuk share dengan SME sellers kat Malaysia,” tulisnya.
Warga maya turut menyifatkan usaha murni mereka seperti pepatah Melayu iaitu "Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China".
Tak kurang juga ramai yang teruja dan menantikan konten dan ilmu yang bakal dikongsikan mereka. Netizen berharap agar semakin ramai rakyat Malaysia maju dalam bidang perniagaan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang