Khairul Aming kongsi perjalanan istimewa di New Zealand, imbau permulaan kerjaya sebagai pencipta kandungan. 'Daripada berangan jadi mimpi, kini realiti...'

No Image Caption
A
A
A

SIAPA tidak kenal dengan Khairul Aming, pempengaruh yang sinonim dengan video 'masak-masak' beliau yang digemari penontonnya ketika di bulan Ramadan.

Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman bermula dengan kandungan memasak bertemakan '30 hari, 30 resepi' pada 2018 yang lalu.

Resipi olahan beliau mendapat sambutan yang luar biasa semasa negara dilanda pandemik Covid-19 iaitu ketika orang ramai terperangkap akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Selepas tujuh tahun berkarya, pengasas Sambal Nyet telah melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan sebuah siri masakan baharu sambil meneroka negara haiwan biri-biri itu.

No Image Caption

Dapur bujang Menerusi perkongsian video episod empat baru-baru ini, bekas jurutera oil and gas itu mempamerkan keindahan flora dan fauna di Dunedin, New Zealand.

Permandangan lautan biru terbentang sejurus membuka pintu rumah membuatkan warga maya tidak henti-henti berdoa agar berpeluang berkunjung ke negara empat musim itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal itu sempat melawat salah sebuah lokasi tarikan pelancongan iaitu Tunnel Beach.

No Image Caption

Ketika di sana, anak kelahiran Kelantan itu telah mengimbau detik permulaan kerjaya beliau sebagai seorang pencipta kandungan yang mulanya tidak dikenali ramai.

Berbekalkan dapur bujang dan beberapa peralatan asas, Khairul kini mempunyai studio masakan sendiri bagi setiap siri masakan yang dipertonton.

"Bila duduk di sini mulalah aku macam datang flashback datang termenung teringat kisah-kisah lama.

"Dah sampai ke negara orang tiba-tiba teringat zaman-zaman dulu bila aku mula buat konten daripada kosong kita tak ada apa-apa kecuali boleh berangan sahaja.

Pemenang Creator of The Year Tiktok 2023 itu bagaimanapun menitipkan kata-kata semangat agar orang ramai tidak berhenti berangan-angan kerana mimpi boleh menjadi realiti.

"Daripada berangan bertukar menjadi mimpi, dan apabila kita berusaha hari demi hari, tahun demi tahun dan mimpi itu akan menjadi satu realiti.

"Insya-ALLAH teruskan berusaha you will never know one day you will be at right place at the right time and surrounded by the right people," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang