Tidak ajar staf jadi toksik, Khairul Aming dedah tiada yang berhenti kerja setakat ini

No Image Caption
A
A
A

DI SEBALIK kejayaan seorang ketua, ada pasukan hebat di belakangnya yang sentiasa menyokong dan berbakti demi meraih kejayaan bersama.

Itulah yang dapat digambarkan buat pasukan pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang sentiasa mendukung beliau sehingga berjaya meraih jualan meraih jualan 3.5 hingga empat juta sebulan.

Baru-baru ini jejaka kelahiran Kelantan itu berkongsi rahsia bina kumpulan yang cemerlang dengan menerapkan budaya kerja yang sihat antara mereka. Malah, beliau juga akui memberi layanan sama rata antara staf tanpa mengira jawatan.

No Image Caption

“Rahsia untuk bina kumpulan kerja yang cemerlang mudah sahaja. Saya dulu bekerja juga dengan orang. Enam tahun dalam dunia korporat, bila duduk di jawatan sebagai pekerja saya dah meletakkan impian bos macam mana yang saya nak.

“Jadi bila kita jadi bos, kita tukarlah. Kita kena jadi bos yang pekerja kita nak. Satu budaya yang saya ketengahkan dalam syarikat saya tidak ajar staf untuk jadi toksik.

No Image Caption

“Maksudnya competing against each other lah. Sebab itu dari segi bonus, nak bawa pergi travel, shopping, duit poket, semua orang dapat sama rata. Tak kisah jawatan apa sekali pun,” katanya dalam satu sesi temubual di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut meluahkan rasa syukur apabila tiada staf mahu berhenti bekerja hasil daripada mengamalkan budaya tersebut dalam syarikatnya.

“Kita nak ajar semua orang kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih. Bukannya aku buat lebih, kau dapat kurang memang tiada.

No Image Caption

“Jadi, bila budaya itu kita ketengahkan, alhamdulilah sekarang ni pun boleh kata tak ada yang berhenti setakat ini,” jelasnya.

Terdahulu, Khairul Aming mendapat perhatian ramai apabila dia menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon susulan kandungan yang dihasilkan ketika berada di negara tersebut tempoh hari.

Sumber: TikTok @Dr Ismail Salleh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang