Iklan

Khasiat jagung mampu mencegah nyanyuk

April 27, 2020
Farah Eliani

JAGUNG memang menjadi kegemaran bukan sahaja anak kecil malah juga orang dewasa. Dari jagung rebus, bakar mahupun jagung yang dimasukkan dalam masakan semua ada khasiatnya.

Tahukah anda jagung berupaya untuk mencegah daripada mengalami masalah nyanyuk dan mampu menguatkan daya ingatan?

Iklan

Jagung mempunyai vitamin B yang mampu meningkatkan ingatan dan mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit alzheimer.

Selain daripada itu khasiat jagung juga adalah:

1. Melindungi jantung

Iklan

Minyak jagung mempunyai kesan anti-aterogenik yang mampu mengawal kolesterol. Dengan itu ia mampu mengawal atau mengurangi risiko penyakit jantung. Minyak jagung sangat bagus dalam meningkatkan kesihatan jantung di samping ia membantu menstabilkan degupan jantung agar ia sentiasa berdegup normal.

2. Mengurangkan risiko buasir

Jagung turut mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia dapat membantu daripada mengalami masalah pencernaan dan membantu mencegah sembelit atau buasir.

3. Menjaga kesihatan buah pinggang

Jagung mengandungi mineral penting untuk badan seperti fosforus, magnesium, mangan, seng, zat besi dan tembaga. Kesemua mineral ini penting untuk melancarkan pertumbuhan, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang.

4. Kaya dengan antioksida

Bagi wanita, pemakanan jagung amat digalakkan. Ini kerana jagung kaya dengan antioksida yang mampu menghalang radikal bebas daripada menyerang organ tubuh. Di samping antioksida turut akan melambatkan terjadinya proses penuaan.

5. Memelihara mata

Jagung yang berwarna kuning sangat kaya dengan vitamin. Warna kuning pada jagung ini mempunyai beta keroten untuk membentuk vitamin A dalam tubuh. Ini sangat penting bagi memelihara kesihatan mata, kulit serta lendir membran bahagian mata.

Berikut antara khasiat jagung jika anda mengamalkannya. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah banyak khasiat untuk tubuh badan kita juga.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: bidadari.my dan unsplash